Inspirasi, Tokoh

Peristiwa Allah Mengabulkan Harapan Baginda SAW

Oleh Fizah Lee  •  23 Oct 2020  •  2 min baca

Ingatkah anda akan sebuah peristiwa pada zaman Rasulullah SAW, iaitu ketika peristiwa pertukaran arah kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah?

Kiblat umat Islam pada asalnya mengarah ke arah Jusalem sebelum akhirnya Allah menurunkan wahyu dan perintah supaya ia ditukar ke arah Masjidil Haram.

Ia terjadi sewaktu Baginda SAW berada di Madinah dalam masa beberapa belas bulan selepas hijrah (ada riwayat yang mengatakan selama 16 bulan dan ada juga 17 bulan).

Semasa kiblat menghadap ke arah Baitul Maqdis, Baginda dan umat Islam sering dimaki dan dihina kerana didakwa menggunakan kiblat dan arah yang sama dengan orang Yahudi.

Bahkan, orang Yahudi telah mengambil kesempatan menabur fitnah dengan memperlekehkan dakwah Rasulullah. Bagi mereka, agama Yahudi juga adalah agama yang benar dan diredai kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka.

Peristiwa itu membuatkan Baginda sedih dan sentiasa mengharap agar Allah menunjukkan wahyu dan arah yang benar buat umat Islam.

Setiap hari, Baginda akan memandang ke langit kerana yakin bahawa Allah ada bersamanya untuk sama-sama mengharungi tohmahan ini.

Dan ada riwayat yang menyebut bahawa Baginda mengambil ruang itu untuk menyendiri sambil berharap di dalam hati agar Allah mendengar harapannya.

Disebabkan itu, wahyu telah diturunkan untuk menukar kiblat umat Islam ke Kaabah. Ia dikatakan telah berlaku pada tahun 624 Masihi pada 15 Syaaban.

Mafhum: “Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad) berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling menghadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu, palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (yahudi dan nasrani) yang telah diberikan kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan.” (Surah Al-Baqarah, 2:144)

Beberapa orang dari kalangan jumhur ulama menyebut bahawa peristiwa ini membuktikan bahawa doa itu tidak semestinya dengan menadah tangan dan menyebut satu persatu apa yang diingini.

Namun, ia lebih kepada kita meyakini bahawa Allah itu sentiasa ada bersama dengan hambaNya dan Dia Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati setiap dari kita.

Walaupun kita tidak menadah tangan untuk berdoa, tetapi dengan meletakkan sepenuh pengharapan di dalam hati dan percaya kepada Allah, maka suatu hari kelak ia pasti akan temakbul.

Ia adalah peristiwa pertama di mana Baginda SAW tidak menadah tangan untuk berdoa tetapi meletakkan sepenuh pengharapannya di dalam hati.

Wallahu a’alam.

Sumber:
Kajian Hannan Attaki – Santai Allah Ada


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami