Gaya Hidup

Peringatan Buat Anda Yang Mahu Berfikir

Oleh Rizal Alhaj  •  27 Jun 2018  •  1 min baca

Al-Hafizh Ibnu Rajab Al-Hambali Rahimahullah berkata;

“Orang yang sombong adalah orang yang memandang dirinya sempurna segala-galanya. Dia memandang orang lain rendah, meremehkannya dan menganggap orang lain itu tidak layak mengerjakan suatu urusan. Dia juga sombong dari menerima kebenaran dari orang lain”Jami’ul Ulum Wal Hikam 2/275

Raghib Al-Asfahani Rahimahullah berkata;

“Sombong adalah keadaan seseorang yang merasa bangga dengan dirinya sendiri, memandang dirinya lebih utama dari orang lain. Kesombongan yang paling dahsyat adalah sombong kepada Rabbnya dengan cara menolak kebenaran (dari-Nya) dan angkuh untuk tunduk kepada-Nya baik berupa ketaatan mahupun dalam mentauhidkan-Nya”Umdatul Qari’ 22/140

Seseorang yang sudah biasa berbohong, baik dalam ucapan mahupun tindakan pada hakikatnya sedang menjerumuskan dirinya dalam kehinaan.

Dia sedang menambah catatan amalan buruknya, yang kelak harus dipertanggungjawabkan. Berupayalah untuk menghindari kebohongan walau bagaimana sekalipun.

Berlaku jujurlah baik dalam ucapan dan tindakan. Betapa pahit pun, yakinlah kejujuran akan lebih dihargai dan mendapat tempat di hati orang lain daripada kebohongan.

“Hendaklah kalian berlaku jujur kerana kejujuran itu menunjukkan kepada kebaikan dan kebaikan menunjukkan jalan menuju syurga”Riwayat Bukhari


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Rizal Alhaj

Rizal Alhaj

Berasal dari Selangor

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami