Wanita

Peribadi Siti Khadijah Yang Digambarkan Melalui Hadis

Oleh Fieyzah Lee  •  7 Nov 2019  •  2 min baca

Nama Khadijah binti Khuwailid tidak asing lagi kalangan kita. Kisah keperibadian dan kehebatan beliau berada di samping Baginda setiap susah dan senang sungguh memberi inspirasi buat semua wanita.

Malah, sifat beliau dalam memimpin dan juga menguruskan perniagaan dengan baik sangat menarik perhatian semua pihak terutama para pedagang yang datang ke Mekah ketika itu.

Malah, diriwayatkan melalui beberapa hadis bahawa Khadijah merupakan seorang isteri yang sangat taat kepada Baginda. Berikut merupakan beberapa kata-kata Baginda mengenai isterinya itu:

#1 – Membantu Dakwah Rasulullah

كَانَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- إِذَا ذَكَرَ خَدِيجَةَ أَثْنَى عَلَيْهَا فَأَحْسَنَ الثَّنَاءَ – قَالَتْ – فَغِرْتُ يَوْماً فَقُلْتُ مَا أَكْثَرَ مَا تَذْكُرُهَا حَمْرَاءَ الشِّدْقِ قَدْ أَبْدَلَكَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ بِهَا خَيْراً مِنْهَا. قَالَ « مَا أَبْدَلَنِى اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ خَيْراً مِنْهَا قَدْ آمَنَتْ بِى إِذْ كَفَرَ بِى النَّاسُ وَصَدَّقَتْنِى إِذْ كَذَّبَنِى النَّاسُ وَوَاسَتْنِى بِمَالِهَا إِذْ حَرَمَنِى النَّاسُ وَرَزَقَنِى اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ وَلَدَهَا إِذْ حَرَمَنِى أَوْلاَدَ النِّسَاءِ

Maksud: “Nabi SAW semasa menceritakan mengenai Khadijah, pasti ia akan selalu menyanjunginya dengan sanjungan yang indah. Aisyah berkata: “Pada suatu hari aku cemburu.” Beliau berkata: “Sering engkau menyebutnya, padahal ia wanita yang sudah tua dan Allah telah menggantikannya dengan wanita yang lebih baik darinya.”

Baginda SAW berkata: “Allah tidak menggantikannya dengan seorang wanita pun yang lebih baik darinya. Dia telah beriman kepadaku tatkala orang-orang kafir kepadaku. Dia telah membenarkan aku tatkala orang lain mendustakan aku. Dia telah membantuku dengan hartanya tatkala orang lain menahan hartanya untuk tidak membantuku dan Allah telah menganugerahkan kepadaku anak-anak tatkala Allah tidak menganugerahkan kepadaku anak-anak dari wanita-wanita yang lain.” (Hadis Riwayat Ahmad, no 117)

#2 – Allah Dan Jibril Menyampaikan Salam Kepadanya

أَتَى جِبْرِيلُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ هَذِهِ خَدِيجَةُ قَدْ أَتَتْكَ مَعَهَا إِنَاءٌ فِيهِ إِدَامٌ أَوْ طَعَامٌ أَوْ شَرَابٌ فَإِذَا هِيَ أَتَتْكَ فَاقْرَأْ عَلَيْهَا السَّلَامَ مِنْ رَبِّهَا عَزَّ وَجَلَّ وَمِنِّي وَبَشِّرْهَا بِبَيْتٍ فِي الْجَنَّةِ مِنْ قَصَبٍ لَا صَخَبَ فِيهِ وَلَا نَصَبَ

Maksud: “Pada suatu ketika, Jibril pernah datang kepada Rasulullah sambil berkata: “Wahai Rasulullah, ini dia Khadijah. Ia datang kepada engkau, maka sampaikanlah salam dari Allah dan dariku kepadanya. Selain itu, beritahu kepadanya, rumahnya di syurga terbuat dari emas dan perak yang di sana tiada kepayahan di dalamnya.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 3280)

#3 – Wanita Penghulu Syurga

أَفْضَلُ نِسَاءِ أَهْلِ الْجَنَّةِ خَدِيجَةُ بِنْتُ خُوَيْلِدٍ وَفَاطِمَةُ بِنْتُ مُحَمَّدٍ وَآسِيَةُ بِنْتُ مُزَاحِمٍ امْرَأَةُ فِرْعَوْنَ وَمَرْيَمُ ابْنَةُ عِمْرَانَ

Maksud: “Wanita-wanita yang paling utama sebagai penduduk syurga adalah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad, Aisyah binti Muhazim (isteri Firaun) dan Maryam binti ‘Imran.” (Hadis Riwayat Ahmad, no. 293)

Kesimpulan

Hebatnya peribadi Saidatina Khadijah sehingga selepas kematiannya juga Baginda masih menyebut-nyebut peribadinya. Bukan setakat itu sahaja, Baginda turut menghormati kaum kerabat dan sahabat handai beliau disebabkan kehebatan peribadi beliau.

Baca juga:
Wanita Penghulu Syurga
Umur Khadijah Ketika Berkahwin Dengan Baginda


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami