Berita, Tokoh

Perginya Mohammed Morsi, Peribadinya Diingati

Oleh Fieyzah Lee  •  19 Jun 2019  •  4 min baca

Bekas Presiden Mesir, Mohammed Morsi telah diberitakan meninggal dunia di Mahkamah Mesir selepas sesi pengadilan menghadapi tuduhan pengintipan. Media turut melaporkan bahawa beliau pengsan sebelum akhirnya meninggal dunia yang dikatakan akibat serangan jantung.

Ayuh kita ambil masa sejenak untuk menyedekahkan al-Fatihah kepada beliau dan semoga rohnya dicucuri rahmat.

Ramai di kalangan umat Islam dan juga bukan Islam dilihat turut bersedih akibat kematian beliau. Beliau dikatakan antara pemimpin yang telah berjaya mengangkat Islam dengan baik sepanjang pemerintahannya walau hanya sempat memerintah dalam masa satu tahun sahaja.

Kematiannya pada 17 Jun 2019 telah dilaporkan oleh media di seluruh dunia. Kematiannya dikatakan sebuah kematian yang sangat tragis oleh Human Right Watch (HRW). Mereka telah menuduh kerajaan Mesir sebagai punca kepada kematian tersebut.

Beliau yang mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit buah pinggang, kencing manis dan penyakit hati dikatakan tidak diberi rawatan yang sempurna dan baik sepanjang dalam tahanan. Malah ada media yang melaporkan bahawa beliau pernah dikurung selama 23 jam di dalam penjara dan hanya diberi satu jam sahaja untuk bersenam.

HRW menyifatkan ia sebagai suatu bentuk kezaliman yang sangat teruk sehingga boleh menyebabkan kematian.

Walau bagaimanapun, menurut Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, beliau menyifatkan bahawa kematian Mohammed Morsi sebagai sebuah kematian yang baik dan dikira sebagai mati syahid.

Presiden Turki turut berkata: “Semoga Allah merahmati saudara kita Morsi, jiwa syahid yang tenteram.”

Hal ini kerana, walaupun beliau dikurung di dalam penjara, namun ketakwaannya kepada Allah tidak pernah berkurang.

Beliau sentiasa mengabdikan diri kepada Allah dengan tidak meninggalkan solat dan sentiasa mengaji.

Sejarah Hidup Beliau

Nama penuh beliau ialah Mohammed Morsi Isa al-Ayyat. Beliau telah dilahirkan pada 20 Ogos 1951. Beliau dikatakan seorang ahli politik Mesir yang pertama telah dilantik secara demokrasi selepas pimpinan Hosni Mobarak.

Beliau telah berjaya mengalahkan lawannya dengan mendapat peratusan undi sebanyak 51.7 peratus berbanding Ahmed Shafiq yang hanya mendapat sebanyak 48.3 peratus.

Mohammed Morsi telah dilahirkan di Sharqia, iaitu di bahagian Utara Mesir. Beliau telah menerima pendidikan agama sejak dari kecil. Beliau juga mempunyai sarjana dan master dalam bidang kejuruteraan di Universiti Kairo pada tahun 1975 dan 1978, manakala mempunyai PhD dalam bidang kejuruteraan dari University Of Southern California pada tahun 1982.

Beliau dikatakan telah mula menyertai politik sejak tahun 2000 dan merupakan antara ahli tertinggi dalam organisasi Ikhwanul Muslimin.

Manakala, pada tahun 2011, beliau telah menyertai Parti Kebebasan dan Keadilan serta membuat kempen dengan slogannya, iaitu “Islam Adalah Penyelesaian.”

Disebabkan oleh slogan inilah pengikut Islamnya semakin bertambah. Namun ada juga yang mengatakan bahawa beliau merupakan seorang Islam fundamental dalam pemerintahannya.

Setelah beliau memerintah Mesir selama hampir satu tahun, banyak perubahan yang telah berjaya beliau bawa. Beliau telah sepenuhnya menerapkan Islam dalam sisi pemerintahannya.

Walau bagaimanapun, beliau telah dituduh sebagai pengintip setelah mengeluarkan pengisytiharan bagi menjaga kerja Dewan Perlembagaan yang merangkum perlembagaan baharu daripada campur tangan kehakiman yang bermaksud mereka kebal daripada sebarang tindakan undang-undang.

Pungutan suara yang dibuat untuk menggulingkan Mohammed Morsi akhirnya diterima dengan 64 peratus undi. Beliau akhirnya digulingkan oleh rakyat sendiri.

Kenali Peribadi Beliau

Mohammed Morsi dikatakan merupakan seorang rakyat biasa yang pertama yang telah berjaya memenangi kerusi politik secara demokrasi.

Beliau dikatakan seorang yang sangat mencintai ilmu dan sentiasa mendekatkan diri dengan kitab dan buku-buku. Sikapnya yang cintakan ilmu menjadikannya seorang yang berjaya dalam kehidupannya dan boleh berhujah dengan baik.

Beliau juga dikatakan telah mendapat anugerah PhD oleh National University of Sciences and Technology (NUST) dalam pencapaiannya yang luar biasa dan dikatakan merupakan sentiasa mengaitkan apa yang dipelajarinya dengan Islam.

Selain daripada Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniya, Mohammed Morsi juga merupakan seorang pemimpin yang menghafaz al-Quran.

Beliau telah menggunakan masa mudanya dengan belajar ilmu agama dan mendalami al-Quran dengan baik. Beliau juga telah diangkat sebagai pemimpin yang berjaya mengamalkan gaya hidup Islam dengan baik.

Beliau dikatakan banyak membantu rakyat Mesir yang dalam kesusahan semasa tempoh pemerintahan beliau dan banyak membantu negara yang dizalimii zionis seperti Palestin dan Hamas.

Bahkan, semasa hayatnya di dalam penjara, beliau dikatakan sentiasa berzikir dan melafazkan ayat Quran. Beliau meletakkan sepenuh jiwa dan pengharapan kepada Allah semata-mata.

Kesimpulan

Sebagai seorang muslim yang sentiasa ingin mendapat redha Allah, kita boleh mencontohi teladan dan sikap kepimpinan beliau. Beliau dikatakan seorang yang menjadikan Quran dan Sunnah sebagai rujukan dalam setiap perkara yang ingin dilakukan.

Sumber: Mohammed Morsi


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami