Gaya Hidup

‘Perfectionism’ Dalam Islam

Oleh Natirah Azira  •  14 Jan 2019  •  3 min baca

Orang yang berusaha mencapai kesempurnaan dalam setiap apa yang dilakukan sering kali dikaitkan dengan panggilan ‘perfectionist’. Mengikut keterangan yang digariskan oleh Psychology Today, mereka yang memiliki sikap ini biasanya meletakkan target tertentu buat diri sendiri dan mempunyai ‘standard’ yang sukar dicapai oleh orang lain.

Namun adakah perfectionist hanya membawa maksud negatif? Adakah realitinya benar-benar seperti sangkaan kita, atau kita cenderung untuk berlebih-lebihan dalam menilai mereka yang berusaha bersungguh-sungguh. Atau sebenarnya kita yang suka mengambil mudah dan bersikap sambil lewa dalam apa yang dilakukan?

Islam Menggalakkan Kesempurnaan

Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُحِبُّ إِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ عَمَلًا أَنْ يُتْقِنَهُ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jal kasih apabila seseorang daripada kamu melakukan sesuatu amalan hendaklah melakukannya secara tekun.”

Itqan atau dalam bahasa Melayunya ‘tekun’, bermaksud kita berusaha melakukan sesuatu dengan sempurna. Orang yang amanah dengan diri sendiri dan hal yang ditugaskan kepadanya tidak akan melakukan sesuatu pekerjaan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Lihatlah ciptaan Allah di muka bumi ini. Setiap sesuatu dicipta dengan penciptaan yang benar-benar sempurna. Segalanya teratur dan terurus mengikut arahanNya tanpa dapat dinafikan oleh sesiapa.

وَتَرَى الْجِبَالَ تَحْسَبُهَا جَامِدَةً وَهِيَ تَمُرُّ مَرَّ السَّحَابِ ۚ صُنْعَ اللَّـهِ الَّذِي أَتْقَنَ كُلَّ شَيْءٍ ۚ إِنَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَفْعَلُونَ

Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap – tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Ia Amat mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.(Surah An-Naml 27:88)

Manakala dalam hadis pula Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ، قَالَ ثِنْتَانِ حَفِظْتُهُمَا عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: إِنَّ اللهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ، فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ، وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ، فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ

Dari Abu Al Asy’ats dari Syaddad bin Aus dia berkata, “Dua perkara yang selalu saya ingat dari Rasulullah SAW beliau bersabda: “Sesungguhnya Allah telah mewajibkan supaya selalu bersikap baik terhadap setiap sesuatu, oleh karena itu apabila salah seorang kalian hendak membunuh, maka bunuhlah dengan cara yang terbaik. Dan hendaklah salah seorang di antara kalian menajamkan mata pisaunya dan membuat nyaman haiwan sembelihannya.”

Jika dalam urusan penyembelihan binatang pun Rasulullah menekankan tentang sikap belas ihsan kepada binatang serta kesempurnaan pelaksanaannya, apatah lagi dalam hal berkaitan ibadah, hubungan dengan manusia serta alam secara keseluruhannya.

Jika ayat di atas terlalu umum, maka mari kita lihat pula ayat di bawah berkaitan kesungguhan dalam apa sahaja perbuatan kebaikan.

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain).(Surah As-Syarh 94 :7)

Proses menuju sempurna itu ialah proses yang berterusan. Dalam setiap pekerjaan yang dilakukan, tidak kiralah ia sesuatu yang diamanahkan oleh orang lain atau ianya urusan kita sendiri, kita sebenarnya berurusan dengan harga diri kita sendiri.

Orang mungkin tidak akan tahu jika kita tidak melakukan sesuatu perkara, Allah mungkin tidak menghukum kesalahan kita segera, tetapi kita tidak akan pernah dapat lari daripada mahkamah hati sendiri. Di situ kita akan terlebih dahulu diburu rasa bersalah kerana mengabaikan tanggungjawab yang perlu dilakukan.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami