Gaya Hidup

Perbezaan Pendapat Itu Biasa

Oleh Zulfikar Egar  •  3 Nov 2018  •  3 min baca

Siapakah di antara kita yang tidak terlepas daripada berlakunya perbezaan pendapat mahupun pandangan sesama rakan taulan termasuklah di antara ahli keluara sendiri sekali pun.

Hatta dalam berlakunya perbezaan pendapat mahupun pandangan, ia tetap wujud di kalangan Sahabat Nabi juga. Sebab kita semua adalah manusia biasa.

Namun para Sahabat Nabi S.A.W berbeza pendapat dalam keadaan mereka harmoni dan tetap hormat menghormati di antara satu sama lain. Ada satu kisah menarik.

Pada suatu ketika, Zaid bin Thabit R.A dengan Abdullah Ibnu Abbas R.A pernah berbeza pendapat di antara satu sama lain.

Di mana Abdullah Ibnu Abbas R.A berbeza pendapat atau pandangan sedikit dengan Zaid bin Thabit R. A dalam masalah Faraid.

Abdullah Ibnu Abbas R.A mengkritik pandangan Zaid bin Thabit R.A dan beliau berkata dengan tegas:

“Adakah Zaid tidak bertaqwa kepada Allah?!”

Manakala Zaid bin Thabit R.A pula sememangnya mengetahui Abdullah Ibnu Abbas R.A mengkritik dengan keras pandangannya itu.

Zaid bin Thabit ini lagi tua daripada Abdullah Ibnu Abbas R.A. Semasa Rasulullah S.A.W wafat, Zaid bin Thabit R.A ini berumur lebih kurang 21 tahun manakala Abdullah Ibnu Abbas R.A berumur lebih kurang 13 tahun.

Pada suatu hari, bila mana Abdullah ibnu Abbas R.A tiba di Madinah dengan menaiki unta, Zaid bin Thabit R.A menyambutnya dengan membawa tali unta Abdullah Ibnu Abbas R.A. Pada masa itu Abdullah ibnu Abbas R.A masih berada di atas unta lagi.

Walaupun Zaid bin Thabit R.A ini lebih tua dan mereka berdua pernah berbeza pendapat atau pandangan yang ketara, tetapi Zaid bin Thabit R.A tetap memberi penghormatan kepada Abdullah Ibnu Abbas R.A.

Hingga Abdullah Ibnu Abbas R.A berkata kepada Zaid bin Thabit R.A:

“Tak payah Zaid (pegang dan bawa tali untanya).”

Tapi Zaid bin Thabit R.A berkata:

“Beginilah kami diajar untuk mencintai ahli keluarga Nabi S.A.W”

Abdullah Ibnu Abbas R.A adalah anak kepada Abbas bin Abdul Mutalib R.A iaitu ayah saudara Nabi. Jadi Abdullah Ibnu Abbas R.A ni sepupu Nabi. Maka beliau termasuk ahli keluarga Nabi.

Zaid bin Thabit R.A tetap terus membawa tali unta Abdullah Ibnu Abbas R.A. Satu penghormatan kepada Abdullah Ibnu Abbas R.A walaupun Abdullah Ibnu Abbas R.A ini berbeza pendapat dengannya serta pernah mengkritiknya.

Melihat keadaan itu, Abdullah Ibnu Abbas R.A pun berkata :

“Hulurkan tangan kamu wahai Zaid”

Lalu Zaid bin Thabit R.A pun menghulur tangannya. Lantas Abdullah Ibnu Abbas R.A sambut tangan tersebut dengan mencium tangan Zaid bin Thabit R.A. Selepas itu beliau berkata :

“Beginilah kami diperintahkan untuk menghormati orang tua di kalangan kami.”

Apabila mendengar kisah ini, alangkah bagusnya kita sebagai Ahli Sunnah dan muslim juga turut bersifat seperti para Sahabat walaupun berbeza pendapat mahupun pandangan di antara kita. Wallahualam.

Rujukan;
Potongan Kuliah Dr. Rozaimi Ramle (Pensyarah UPSI)


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Zulfikar Egar

Zulfikar Egar

Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dan Pembangunan Keusahawanan di Kuala Lumpur Metropolitan University College. Pernah bertugas sebagai Penolong Eksekutif di Pusat Pengajian Islam Yayasan Ta’lim TTDI KL. Kini bertugas di SmartStuday & Consultant Sdn. Bhd. sebagai Eksekutif Jualan SmartStudy.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami