Ibadah

Ada Tompokan Darah Nyamuk – Solat Sah Atau Tidak

Oleh Natirah Azira  •  7 Sep 2020  •  2 min baca

Salah satu syarat untuk ibadah solat menjadi sah adalah diri, pakaian dan tempat solat mestilah suci daripada sebarang najis. Namun bagaimana jika kita baru menyedari bahawa pada pakaian yang dibawa solat terdapat darah setelah selesai solat? Adakah perlu diulang kembali solat tadi.

Darah memang dikira sebagai najis dalam Islam. Namun dalam hal ini perlu terlebih dahulu dibezakan sama ada ia darah serangga atau darah haiwan yang besar ataupun darah daripada badan.

Jika darah tersebut adalah daripada serangga seperti nyamuk atau kutu, maka ia adalah najis yang dimaafkan sama ada banyak atau sedikit.

Jika selain daripada itu, contohnya darah haiwan atau darah daripada tubuh badan, maka jika sedikit ia dimaafkan dan jika banyak, perlu dibersihkan. Kadar sedikit ini tidak diterangkan secara jelas dalam kitab-kitab tetapi ia ditentukan oleh ‘uruf kebiasaan.

Ulama juga menambah lagi bahawa jika najis yang sedikit itu tidak dimaafkan, maka manusia akan ditimpa kesulitan dan kesukaran dalam melakukan ibadah.

Walau bagaimanapun, jika seseorang itu baru menyedari ada tompokan darah yang tidak sedikit selepas solat sekalipun dia tidak menyedari dan mengetahuinya, maka solatnya dikira tidak sah. Dia perlu membersihkannya dan mengulangi solat semula.

Hal ini kerana memastikan diri dan pakaian suci daripada najis adalah hal yang wajib untuk solat dan tidak gugur kewajipan itu dengan alasan tidak tahu.

Bagi mengelakkan hal ini terjadi, maka seseorang itu mestilah memeriksa dahulu keadaan pakaian dan tempat solatnya bagi memastikan ia bebas daripada najis.

Rujukan:

Mufti Wilayah Persekutuan


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami