Sejarah

Perang Wadan – Perang Pertama Rasulullah Yang Berlaku Di Bulan Safar

Oleh Fieyzah Lee  •  10 Oct 2019  •  2 min baca

Wadan atau Al-Wada’ merupakan salah sebuah daerah yang terletak di antara Mekah dan Madinah. Menurut beberapa riwayat, ibu Baginda, Aminah binti Wahab telah dimakamkan di perkampungan ini.

Para sejarawan mengatakan bahawa nama al-Abwan ialah sebuah gunung yang terletak di perkampungan tersebut. Perang ini dinamakan Ghazwatul Abwa’ (Perang Abwa) juga.

Pada tahun kedua hijrah, Nabi Muhammad bersama dengan beberapa orang kaum muslimin telah keluar untuk memerangi kaum Musyrikin dengan melakukan perang hendap bagi merampas kembali hasil dagangan Musyrikin Mekah. Ia merupakan perang pertama yang berlaku dalam sejarah Islam.

Ketika Rasulullah dan para sahabat berhijrah ke Madinah, rumah dan harta mereka telah ditinggalkan dan dirampas oleh kaum Musyrikin Mekah. Ia digunakan sebagai modal perniagaan kaum itu di Syam.

Ada riwayat yang mengatakan bahawa ia disertai oleh 70 orang Muhajirin dan tiada seorang pun dari kalangan Ansar yang dibenarkan turut serta.

Ketika perang ini berlaku, Madinah telah berada di bawah pimpinan Saad bin Ubadah RA sebagai wakil Baginda manakala perang ini sendiri dibantu oleh Saidina Hamzah RA yang ditugaskan membawa panji Islam. Ibnu Qayyim mengatakan:

“Kemudian mereka berperang sendiri dalam perang Abwa’ atau dikenali Waddan, iaitu perang pertama yang berlaku. Ia terjadi dalam bulan Safar, iatu dua belas bulan dari peristiwa hijrah. Hamzah yang membawakan bendera putih dan disertai orang-orang Muhajirin untuk menghadang barang dagangan Quraisy. Hal ini yang menjadikan ia tidak kelihatan selama lima belas malam.”

(Zadul Ma’ad, 3/164, 165)

Strategi peperangan mereka adalah dengan menyekat kaum Musyrikin, namun telah gagal kerana kaum Musyrikin ini telah pergi lebih awal menyebabkan umat Islam tidak sempat menghalang mereka.

Walau bagaimanapun, dalam perjalanan pulang, mereka telah disekat oleh kaum Bani Dhamrah yang telah dipimpin oleh Makhsyi bin Amr Ad-Dhamrah. Baginda berniat untuk menyerang kaum ini, namun kedua-dua pihak telah mengambil keputusan untuk berdamai sehingga termeterainya perjanjian di antara mereka.

Antara isi perjanjiannya ialah:

#1 – Kedua pihak tidak diizinkan untuk memerangi antara satu sama lain.

#2 – Jika salah satu pihak mendapat serangan luar, pihak yang lain wajib membantu dengan sedaya upaya.

#3 – Bani Dhamrah dilarang memberi bantuan kepada pihak yang memusuhi kaum Muslimin dalam bentuk apa sekali pun.

Setelah termeterainya perjanjian ini, kaum muslimin telah pulang ke Madinah. Menurut beberapa riwayat, ia telah berlaku selama 15 hari dan 15 malam.

Perang Adwa ini juga merupakan rentetan kepada terjadinya perang Badar yang berlaku di antara kaum Muslimin dan Quraisy.

Rujukan: Peristiwa Bulan Safar


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami