Berita

Penyelidik Indonesia Mengkaji Kehidupan Orang Islam Di Jerman

Oleh Tim Tazkirah  •  11 Jul 2018  •  2 min baca

Empat belas orang Indonesia yang terdiri daripada ahli akademik, penyelidik dan wartawan berangkat ke Jerman pada hari Sabtu untuk mempelajari kehidupan orang Islam di Jerman dalam program dua minggu yang ditaja oleh Institut Goethe, sebuah institusi kebudayaan tajaan negara Jerman.

Kumpulan ini akan melihat pelbagai tempat termasuk universiti dan temu bual dengan pakar dan aktivis, seperti yang berada di Institut Bahira, yang berfungsi menyahradikalkan pelarian-pelarian tertentu dari Timur Tengah.

Mereka juga akan menganalisa kepelbagaian komuniti orang Islam di negara sekular Jerman dan bagaimana komuniti ini berhubungan dengan orang Jerman secara meluas.

Tujuan program ini adalah untuk memberikan pandangan dalaman mengenai kehidupan seharian orang Islam di Jerman dan menjelaskan sejarah panjang mereka dan pengaruh mereka dalam masyarakat Jerman,” kata Goethe dalam satu kenyataan.

Jerman, di samping Perancis, mempunyai salah satu populasi Islam terbesar di Eropah. Populasi orang Islam di Jerman telah berkembang dengan pesat, dari beberapa ribu ketika kumpulan pertama pekerja imigran Turki datang pada tahun 1945 kepada lebih daripada empat ribu orang dalam tahun 2015.

Sebagai negara sekular, Islamfobia wujud, kata Heinrich Bloemeke, Pengarah Wilayah Goethe bagi Asia Tenggara, Australia dan New Zealand.

Walau bagaimanapun, pada pandangan saya, sebahagian daripada Islamfobia tidak ada kaitan dengan Islam, lebih banyak tindakan terhadap agama (Jerman merupakan negara sekular),” kata Bloemeke pada hari Sabtu.

Semua masyarakat Barat telah melalui perjuangan mengenai apakah peranan negara dan apakah peranan gereja,” tambah beliau.

Penulis: Safrin La Batu/ Penterjemah: Mohd Khairil Hisham / Sumber: The Jakarta Post
Kredit Gambar: Shutterstock


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Tim Tazkirah

Tim Tazkirah

tzkrh.com merupakan wadah untuk komuniti Islam saling berkongsi ilmu pengetahuan, pandangan dan pengalaman mereka sebagai satu peringatan untuk menjadi muslim yang lebih baik.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami