Gaya Hidup

Penyebab Utama Malas Adalah Kerana Terlalu Kenyang?

Oleh Fizah Lee  •  25 Jun 2020  •  2 min baca

Dalam mengharungi kehidupan sehari-hari, pastinya kita mempunyai fasa-fasa yang berbeza setiap hari. Kadang-kadang kita dibayangi perasaan sedih, perasaan seronok dan mungkin juga ada suatu masa kita akan merasa malas.

Perasaan malas ini, jika hanya hadir sekejap dan diniatkan untuk berehat seketika daripada kepenatan, maka ia adalah dibolehkan.

Namun, jika malas yang dirasai itu melebihi had yang ada sehinggakan banyak kerja yang terbengkalai dan boleh mengganggu urusan kerja orang lain, ia boleh menjadi sesuatu perkara yang menjengkelkan dan boleh jatuh hukum berdosa.

Terutamanya jika malas itu melibatkan perkara-perkara ibadah, ia pasti memberi kesan kepada timbangan amalan kita.

Bayangkan, jika kita malas untuk menunaikan solat. Jika ia sekadar perasaan yang hadir sejenak, ia tidak mengapa. Namun, jika malas itu disertai dengan perasaan mengikut hawa nafsu, iaitu anda cenderung untuk betul-betul meninggalkan solat, maka ia adalah berdosa.

Bukankah solat itu hukumnya wajib. Jika terlalu melayan perasaan malas itu, bimbang boleh mengakibatkan perkara-perkara seperti ini berlaku.

Terlalu Kenyang Adalah Penyebab Malas?

Apabila anda merasa malas, cuba periksa kembali diri. Apa yang menyebabkan perasaan itu hadir? Adakah disebabkan terlalu banyak tidur atau terlalu penat dengan urusan harian? Mungkin juga disebabkan terlalu kenyang dengan juadah yang dijamu.

Hati-hati dengan perut yang terlampau kenyang. Ia boleh membawa kepada lebih banyak kesan buruk seperti cepat mengantuk, minda yang kurang cerdas dan banyak lagi. Inilah yang merupakan penyebab kepada sifat malas.

Perut adalah sumber penyakit. Jika dilihat kebanyakan penyakit yang wujud dalam dunia hari ini, sumber utamanya adalah dari perut.

Disebabkan itu kita perlu menjaga pemakanan dan gaya kehidupan yang sihat. Ia untuk menghindari kita semua daripada penyakit terutamanya malas.

لان الشبع يثقل البدن، ويقسي القلب، ويزيل الفطنة، ويجلب النوم، ويضعف عن العبادة

Maksud: “Kekenyangan membuat badan menjadi berat, hati menjadi keras, menghilangkan kecerdasan, membuat sering tidur dan lemah untuk beribadah.” (Siyar A’lam An-Nubalas 8/248)

Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani berkata – “Larangan kekenyangan yang dimaksudkan adalah kenyang yang membuat perut penuh dan membuat orangnya berat untuk melaksanakan ibadah dan menjadikannya angkuh, bernafsu, banyak tidur dan malas. Hukumnya dapat berubah daripada makruh kepada haram bergantung kepada situasi yang ditimbulkan.” (Fathul Bari, 9/528)

Kesimpulan

Justeru, salah satu perkara untuk mengelakkan daripada perasan malas adalah dengan tidak makan sehingga terlalu kenyang.

Jaga perut agar kesihatan juga dapat dijaga dan terhindar daripada penyakit-penyakit yang boleh merosakkan zahir dan rohani sendiri.

Wallahu a’alam.

Sumber:
Muslim.or.id


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami