Berita

Pengumuman ‘Penting’ Duterte Mengenai Pemerintahan Sendiri Oleh Masyarakat Islam (Filipina)

Oleh Tim Tazkirah  •  25 Jun 2018  •  3 min baca

MANILA : Presiden Filipina Rodingo Duterte telah memberi kelulusan ‘penting’ kepada Undang-undang Asas Bangsamoro yang bakal membuka autonomi yang lebih luas kepada masyarakat minoriti Islam Filipina.

Presiden membuat keputusan pada hari Selasa yang lalu, sehari selepas dia mengadakan perbincangan dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), yang diketuai oleh pengerusinya, Murad Ibrahim dan ahli-ahli Kongres.

Pada hari Selasa, Presiden Senat Vicente Sotto III berkata dia telah bercakap dengan Setiausaha Eksekutif Salvador Medialdea, yang memaklumkan kepada beliau bahawa Malacanang akan menghantar perakuan kepada mereka bagi menyatakan BBL merupakan perkara penting.

Pegawai pejabat perhubungan Presiden kemudian memaklumkan bahawa mereka telah menghantar perakuan BBL kepada Sotto.

Jesus Dureza, Penasihat Presiden mengenai proses perdamaian berkata, “Selepas pertimbangan sewajarnya”, Presiden telah memutuskan untuk membuat versi Dewan dan Senat mengenai BBL sebagai penting.”

Dureza berkata sebelum ini semasa pertemuan dengan Duterte pada hari Isnin, pemimpin dari Senat dan Dewan Perwakilan telah bersumpah untuk meluluskan BBL yang dicadangkan “pada waktu yang seawal mungkin”.

Ini merupakan pertemuan yang baik dengan semua pemimpin Dewan dan Senat, termasuk ahli-ahlinya yang menyatakan bahawa dengan tegas mengenai pandangan mereka mengenai rang undang-undang,” kata Dureza.

Beliau berkata lagi Duterte telah bertemu dengan kepimpinan MILF sebelum mengadakan perbincangan berasingan dengan wakil kerajaan.

Pada mulanya Presiden menyuarakan pandangan peribadinya dan penilaian awal yang didengari dengan baik oleh semua orang,” kata Dureza.

Mesyuarat telah bersetuju bahawa kedua-dua dewan akan menyelesaikan kerja mereka secepat mungkin.

Berikutan komitmen pemimpin kedua-dua Dewan untuk meluluskan BBL dan mengenepikan sebarang percanggahan dalam persidangan di dewan, Duterte bersetuju untuk menyelesaikan rang undang-undang itu dengan segera.

Ketua Majoriti Dewan Rodolfo Farinas, yang mengambil bahagian dalam pertemuan dengan Presiden berkata,”Duterte tidak mengenakan sebarang syarat kepada Kongres, malah membenarkan permintaan mereka bagi mengesahkan rang undang-undang BBL ini, kedua-dua dewan boleh mengemukakan pendapat masing-masing mengenainya sebelum mereka menangguhkannya pada hari Rabu.

Kami akan mengadakan persidangan jawatankuasa dwidewan semasa berehat, yang akan menyelesaikan percanggahan peruntukan rang undang-undang dengan kerjasama Jabatan Eksekutif dan Suruhjaya Peralihan Bangsamoro,” kata Farinas. Laporan jawatankuasa dwidewan akan dihantar untk pengesahan oleh kedua-dua dewan perundangan Kongres pada 23 Julai. Sebaik sahaja kedua-dua dewan perundangan memuktamadkan versi, Duerte dijangkakan akan menandatangani BBL ketika beliau memberikan ucapan “Amanat Negara: pada hari yang sama.”

Pada hari Isnin Farinas berkata lagi Suruhanjaya Peralihan Bangsamoro telah bersetuju dengan kebanyakan pindaan yang dicadangkan kepada draf BBL, termasuk entiti baharu yang akan diwujudkan oleh undang-undang iaitu Wilayah Autonomi Bangsamoro (ARB).

Suruhanjaya juga telah besetuju bahawa kawalan pertahanan, polis dan perngawal pantai akan dikekalkan di bawah kerajaan pusat. Pasukan polis akan diwujudkan di Wilayah Bangsamoro, namun ia berada di bawah PNP (Polis Negara Filipina).

Perjanjian belum sampai kepada pindaan utama yang dicadangkan – klausa untuk menyertai dan fiskal autonomi bagi Bangsamoro. Sebaik sahaja BBL dibentang dan diluluskan oleh Presiden, pungutan suara akan diadakan dalam masa 150 hari. Pengerusi MILF memberitahu Arab News mereka sangat optimis bahawa sebaik sahaja Bangsamoro (rang undang-undang) akan dilaksanakan, ia akan mendapat sokongan majoriti penduduk di kawasan itu.

Kemudian kita akan memastikan agar isu-isu keselamatan ditambah baik dan aktiviti ekonomi masyarakat akan meningkat kerana akan ada keamanan di kawasan tersebut. Inilah yang diharapkan pada masa hadapan,” kata Murad.

BBL merupakan hasil perjanjian damai antara pentadbiran Presiden Benino Aquino III dan MILF untuk membuka jalan bagi mewujudkan Wilayah Bangsamoro bagi menggantikan Wilayah Autonomi Islam Mindanao.

Walau bagaimanapun, pembentang rang undang-undang terhenti pada tahun 2015 disebabkan pertempuran antara Komando Polis Filipina dan pejuang MILF di Mindanao yang menyebabkan 44 askar dan 18 pejuang MILF terbunuh.

Apabila Duterte mengambil alih jawatan Presiden pada tahun 2016, beliau menggesa Kongres agar meluluskan rang undang-undang itum yang dijangka menangani konflik bersenjata berabad-abad lamanya di Mindanao yang mengakibatkan lebih 120,000 kematian.

Penulis: Ellie Aben / Penterjemah: Mohd Khairil Hisham / Sumber: Arab News

Kredit Gambar: AFP


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Tim Tazkirah

Tim Tazkirah

tzkrh.com merupakan wadah untuk komuniti Islam saling berkongsi ilmu pengetahuan, pandangan dan pengalaman mereka sebagai satu peringatan untuk menjadi muslim yang lebih baik.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami