Remaja

Pengaruh Rakan ; Jalan Singkat Mengakhiri Tekanan Kehidupan

Oleh Noor Afidah Abu Bakar  •  4 Jul 2019  •  3 min baca

Seorang remaja berusia 16 tahun bunuh diri apabila mendapat undian 69 peratus di akaun Instagram. Remaja itu telah terjun daripada tingkat 3 setelah 69 peratus rakan di Instagramnya menyokong hasratnya untuk mati.

Perkara yang selama ini sering kita dengar berlaku di Amerika Syarikat, UK, negara-negara Eropah, Jepun dan Korea, kini berlaku di ‘halaman rumah’ kita sendiri. 

Remaja yang mengalami kemurungan disyaki berpunca dari konflik keluarga mengambil tindakan yang drastik kerana menurut kata rakan-rakan di media sosial.

Mungkin ada di antara kita orang-orang dewasa yang mem’bodoh’kan tindakan itu dan ada yang tidak sensitif mentertawakan kejadian tersebut, tetapi itulah realiti yang harus kita terima tentang dunia sekarang yang berbeza dari dahulu.

Bagi remaja, rakan boleh membina dan rakan juga boleh membawa rebah. Rakan remaja pada era digital ini bukan hanya terhad kepada mereka di sekolah atau di kejiranan sahaja, malah rakan remaja kini merangkumi mereka dari serata pelusuk alam selagi mereka mempunyai kaitan di internet yang tiada batasnya.

Kajian yang dibuat oleh Masruhan (1995) membuktikan bahawa remaja biasanya mempunyai perwatakan yang cepat berubah-ubah. Mereka bukan hanya sukar difahami oleh ibu bapa dan orang dewasa di sekeliling mereka, malah mereka juga keliru dengan diri mereka sendiri.

Menurut kajian tersebut lagi, terdapat tiga faktor yang dapat membentuk jiwa dan karakter remaja:
1. 50% daripada mereka lebih cepat mengikut dan menurut apa yang dikatakan oleh rakan.
2. 30% daripada mereka mendengar dan kadang-kadang mematuhi nasihat guru.
3. 20% daripada mereka mematuhi arahan ibu bapa.

Kajian oleh Chiam Heng Keng (1994) menegaskan bahawa pengaruh rakan kepada kanak-kanak dan remaja bergantung kepada kekuatan pengaruh ibu bapa. Semakin kuat pengaruh ibu bapa maka semakin kuatlah ketahanan mereka daripada pengaruh rakan sebaya.

Membesarkan anak remaja tidaklah semudah ABC seperti membesarkan kanak-kanak berusia 0-10 tahun. Peranan ibu bapa ketika anak usia ini adalah berbeza berbanding peranan ibu bapa apabila anak meningkat remaja.
ibu bapa memerlukan ilmu yang baharu.

Selepas kejadian bunuh diri yang melibatkan seorang remaja perempuan, Molly, yang berusia 14 tahun di United Kingdom pada tahun 2017, ayah remaja tersebut memeriksa konten media sosialnya.

Remaja itu didapati sering berinteraksi bersama remaja-remaja lain yang juga mengalami kemurungan dan mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri dan mencederakan diri sendiri.

Mereka saling mempersiapkan diri dan menyokong antara satu sama lain untuk mengambil tindakan yang drastik bagi mengakhiri hidup mereka.

Begitulah kuatnya pengaruh rakan dan media sosial bagi remaja masa kini. Ini realiti yang harus kita terima dan sama-sama kita fikirkan penyelesaiannya. 

Perkara sebegini bukannya sesuatu yang harus ditertawakan. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa diduga. Saya sedih.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Noor Afidah Abu Bakar

Noor Afidah Abu Bakar

Beliau merupakan 'Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)'. Beliau boleh dihubungi melalui FB Parent Connect. Lulusan MA Early Childhood Education di University of Sheffield.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami