Inspirasi

Pendakwah Sejati, Pendakwah Berintegriti

Oleh Nor Radhiah Chee  •  29 Mar 2018  •  3 min baca

Kerja dakwah merupakan tugas yang sangat besar amanahnya di bahu seorang daie.

Kerja-kerja mengislahkan masyarakat mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran.

Menyambung tugas Nabi S.A.W serta para sahabat adalah sebuah tugas yang sungguh mulia.

Namun tugas dan tanggungjawab yang mulia ini harus kita jalankannya dengan penuh keimanan serta ketaqwaan juga memerlukan nilai integriti yang tinggi.

Integriti? Ya, dalam dakwah pun kita kena ada integriti. Bahkan ia merupakan faktor pertama yang menjadi kayu ukur untuk kejayaan dakwahnya.

Integriti berasal dari istilah Bahasa Inggeris yang bererti keutuhan dari semua segi yang baik. Manakala dalam Bahasa Melayu pula ianya menjurus kepada perwatakan seseorang.

Integriti membawa maksud kejujuran dan ketulusan, kesempurnaan dan keutuhan (Kamus Dwibahasa Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985).

Maka, dapat dirumuskan disini, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi dan boleh dipercayai.

Jika diamati, inilah sifat-sifat yang benar, sifat seorang nabi yang diutus menjadi rahmat kepada seluruh alam. Firman Allah SWT yang bermaksud;

“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”Surah Anbiya’:107

Kita merupakan sebaik-baik kejadian yang telah diciptakan dan ditempatkan di dunia yang sementara ini sebagai khalifahnya.

Kita juga terpilih sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W. Allah memilih kita untuk meneruskan tugas dakwah Rasulullah S.A.W. Firman Allah SWT;

“Jadilah di antara kamu sebaik-sebaik umat yang mengajak kepada kebaikan, menyeru kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar. Mereka itulah orang-orang yang beruntung.” Surah Ali Imran:104

Ayuh kita renung sejenak maksud ‘sebaik-baik umat’ dalam ayat tersebut, sebaik-baik umat adalah juga bermaksud umat manusia yang mempunyai nilai integriti yang tinggi dalam diri.

Bertepatan dengan hal itu, pelaksanaan tugas untuk menyeru kepada yang ma’ruf serta mencegah kemungkaran akan menjadi lebih mudah.

Jadi bagaimana mahu mencapai nilai integriti yang tinggi dalam diri? Jawapannya ialah ilmu.

Ilmu adalah cahaya penyuluh kepada kehidupan. Tanpa ilmu kita akan terkandas dalam kejahilan. Bagaimana mahu mengajak orang ke jalan kebaikan, jika kita sendiri tidak tahu jalannya.

Dalam berdepan dengan masyarakat zaman moden kini yang mempunyai teknologi canggih tanpa sempadan, pendakwah seharusnya melengkapi diri dengan ilmu secukupnya.

Pendakwah harus menjadi bijaksana. Al Quran dan Sunnah tetap menjadi panduan. Dalil dan hadis menjadi sandaran agar masyarakat tidak terjerumus ke lembah kejahilan dan terperangkap dalam kemungkaran.

Oleh itu, kebijaksanaan juga salah satu daripada cabang integriti diri. Firman Allah yang bermaksud;

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah (bijaksana), dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari Jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk.” Surah An-Nahl:125

Rasulullah S.A.W sentiasa menjadi qudwah hasanah (contoh teladan terbaik) ikutan para pendakwah.

Ketinggian akhlak baginda berdepan dengan masyarakat, lemah lembut bicara menyampaikan dakwah, punya sikap pemaaf, bersikap terbuka menerima pendapat para sahabat dan sifat-sifat mulia yang lain menjadi panduan untuk kita.

Akhirnya, dari contoh-contoh peribadi Rasulullah inilah akan dapat membentuk keterampilan diri yang tinggi dikalangan kita yang bergelar pendakwah.

Selain itu, hubungan dengan Allah juga sentiasa terjaga, ibadah-ibadah khusus yang mendekatkan diri kepada Al Khalid tidak tergugat dek kesibukan menguruskan dakwah kepada masyarakat.

Bahkan bagi pendakwah-pendakwah sejati yang berintegriti tinggi, nilai keakrabannya dengan Allahlah yang menjadi tunjang kepada dakwah yang super.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Nor Radhiah Chee

Bekerja sebagai Pegawai Hal Ehwal Korporat dan Teknologi Maklumat di HIKMAH (sebuah NGO di Sarawak). Kini melanjutkan pelajaran dalam bidang Ijazah Sarjana Sains Kaunseling di UNIMAS. Berminat dalam bidang penulisan untuk melebarkan dakwah melalui tinta tulisan.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami