Ibadah

Peluang Untuk ‘Reformat’ Dan ‘Delete’ Kesalahan Setiap Hari

Oleh Natirah Azira  •  24 Apr 2019

Pernah bukan kita mendengar kata-kata bahawa – jika ingin bercakap dengan Allah maka tunaikanlah solat. Dan jika ingin mendengar Allah bercakap dengan kita maka bacalah ayat suciNya dan juga riwayat-riwayat yang disampaikan oleh Rasulullah, kekasihNya.

Pernah Nabi SAW bersabda,

“Allah membentangkan tanganNya pada malam hari agar pelaku dosa pada siang hari bertaubat, dan membentangkan tanganNya di siang hari agar pelaku dosa malam hari bertubat hingga matahari terbit dari tempat tenggelamnya” (Hadis Riwayat Muslim dalam At-Tubah, No. 2759)

Dalam riwayat lain pula dikhabarkan bahawa Allah turun ke langit dunia untuk menerima doa-doa orang yang memohon kepadanya. Hadis ini diriwayatkan oleh ramai sahabat sehingga mencapai darjat mutawatir. Maka kerana itu, ahli sunnah percaya bahawa turunnya Allah ke langit dunia memang benar namun tanpa membicarakan bagaimanakah Allah turun atau dalam bentuk apa sekalipun.

Yang perlu dipercaya adalah Allah memang hadir dan membuka seluas rahmat kepada hamba yang meminta.

Rasulullah SAW bersabda,

يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ فَيَقُولُ مَنْ يَدْعُونِى فَأَسْتَجِيبَ لَهُ وَمَنْ يَسْأَلُنِى فَأُعْطِيَهُ وَمَنْ يَسْتَغْفِرُنِى فَأَغْفِرَ لَهُ

“Rabb kita turun ke langit dunia pada setiap malam iaitu ketika sepertiga malam terakhir. Allah berfirman, Barangsiapa yang berdoa kepadaKu, nescaya Aku kabulkan. Barangsiapa yang meminta kepadaKu, nescaya Aku penuhi. Dan barangsiapa yang memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku ampuni.” (HR. Bukhari no. 1145 dan Muslim no. 1808)

Maka persoalannya adakah kita meminta? Allah ingin memberi namun adakah kita peduli untuk menerima? Atau soalan yang lebih mudah – adakah kita mencuba?

Allah tahu kita melakukan sekian banyak dosa sehari-hari. Yang sengaja, yang tdak disengaja. Yang dizahirkan, yang disembunyikan. Yang sedikit, yang banyak. Yang besar, yang kecil. Namakanlah apa sahaja.

Dan tiba sahaja malam hari, Allah memberi peluang kepada kita untuk meminta ampun. Peluang untuk “delete” dan “reformat” semua dosa. Alangkah rugi jika waktu itu dibiarkan begitu sahaja.

Sesekali sambutlah pertanyaan Allah dengan ‘menjawab’ semula kepadaNya dengan bangun malam dan menunaikan solat. Mulalah ‘bercakap’ semula dengan Allah setelah lama kita membiarkan pertanyaan Allah hanya dengan tanda ‘blue tick’.


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami