Berita

Patuhi Garis Panduan Pelaksanaan Solat Jumaat Dan Berjemaah

Oleh Fizah Lee  •  22 May 2020  •  3 min baca

Setelah lebih dua bulan surau dan masjid ditutup daripada melakukan aktiviti-aktiviti berjemaah, kini ia bakal dibuka semula secara berperingkat.

Solat Jumaat dan solat berjemaah dibenarkan dilakukan semula di masjid dan surau-surau yang terpilih yang berada di kawasan zon hijau bermula Jumaat ini.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan aktiviti berjemaah yang merangkumi solat Jumaat, solat berjemaah, solat Tarawih dan solat sunat Aidilfitri perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Berikut merupakan SOP yang telah ditetapkan sebagai garis panduan ahli jawatankuasa masjid serta para jemaah yang merangkumi masjid negeri, masjid kariah, masjid daerah dan surau Jumaat.

#1 – Aktiviti Yang Tidak Dibenarkan

1 – Aktiviti masjid dan surau selain solat Jumaat dan solat jemaah.
2 – Amalan iktikaf di dalam masjid untuk tempoh yang lama.
3 – Jemaah rentas sempadan kariah.

#2 – Arahan Tetap

Mematuhi garis panduan solat Jumaat, solat berjemaah dan solat jenazah (bukan jenazah COVID-19) dalam tempoh PKPB.

#3 – Aktiviti Dan Protokol

#1 – Kawalan Penularan Dan Jangkitan

a. Mengadakan kaunter di pintu masuk yang dihadkan bilangannya bagi memeriksa suhu badan, sanitasi tangan serta merekod kehadiran jemaah.

b. Melakukan sanitasi ruang solat dan kawasan sekitarnya termasuk tandas dan ruang wuduk sebelum dan selepas solat.

c. Penggunaan tandas perlu dihadkan mengikut jumlah bilik tandas yang ada pada satu-satu masa.

#2 – Kawalan Dan Pengesanan

a. Ahli jemaah wajib membawa kad pengenalan diri. Jika gagal, ahli jemaah harus diarah pulang.

b. Kehadiran direkodkan di dalam buku kehadiran.

c. Pintu masjid dibuka hanya sejam sebelum azan dan ditutup sejurus selepas doa dibacakan.

#3 – Penandaan Jemaah

Pengurusan masjid hendaklah membuat penandaan jarak antara jemaah sekurang-kurangnya satu meter.

#4 – Etika Jemaah

a. Melaksanakan penjarakan sosial di dalam dan luar masjid.

b. Jarak antara ahli jemaah adalah sejauh satu meter antara satu sama lain. Jemaah wajib memakai face mask.

c. Cara masuk dan keluar masjid mesti mengikut giliran dengan beratur serta menjaga penjarakan yang terkawal.

d. Jemaah yang mengidap penyakit kronik, warga emas yang berumur 70 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah umur 15 tahun tidak dibenarkan hadir berjemaah di masjid.

e. Semua ahli jemaah yang hadir hendaklah mengambil wuduk dan membawa sejadah masing-masing sebelum hadir ke masjid.

f. Jemaah perlu dipastikan bersurai dalam keadaan tenang.

g. Tidak dibenarkan berkumpul selepas solat Jumaat sama ada di dalam dan luar masjid.

h. Hanya jemaah lelaki sahaja yang digalakkan hadir.

#5 – Solat Jumaat: Azan, Iqamat Dan Khutbah

a. Khatib mengambil tempat sejurus selesai azan pertama dan azan kedua terus dilaungkan.

b. Khutbah pertama dan kedua dibacakan selama semaksima 15 minit.

c. Teks khutbah dipendekkan sebaik mungkin dengan menjaga rukun yang asal.

d. Solat Jumaat dilakukan dalam maksima 10 minit.

e. Imam digalakkan membaca surah atau ayat yang pendek.

#6 – Solat Jemaah: Azan Dan Iqamat

a. Imam mengambil tempat sejurus selesai azan. Iqamah perlu terus dilaungkan.

b. Solat berjemaah dilakukan selama 10-15 minit sahaja.

c. Imam digalakkan membaca surah atau ayat yang pendek.

#7 – Zikir Dan Doa

Selesai solat, imam memberi salam. Zikir dan doa perlu dilakukan dalam maksima masa 5 minit sahaja.

Kesimpulan

Garis panduan ini adalah untuk pelaksanaan di Wilayah Persekutuan dan juga sebagai rujukan pelaksanaan di negeri lain.

Kapasiti jemaah yang ditetapkan adalah ditentukan oleh pihak berkuasa agama negeri masing-masing yang tidak melebihi 30 orang.

Waktu kehadiran jemaah pula hanya apabila masuknya waktu solat sehingga selesai solat.

Justeru, buat mereka yang bakal berjemaah di masjid, teruskan patuhi SOP yang telah ditetapkan bagi mengelakkan wujudnya klaster baharu.

Sumber:
Majlis Keselamatan Negara


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami