Berita

Panduan Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah – Jabatan Mufti Negeri Melaka

Oleh Natirah Azira  •  28 Apr 2020  •  2 min baca

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang masih berlangsung, jabatan mufti negeri-negeri dijangkakan akan mengeluarkan panduan sambutan Aidilfitri dan Solat Sunat Aidilfitri bagi negeri masing-masing dalam masa terdekat.

Setelah Jabatan Mufti Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan membenarkan solat sunat hari raya dilakukan di rumah, terkini, Jabatan Mufti Negeri Melaka pula telah mengeluarkan Garis Panduan Sambutan Hari Raya Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP COVID-19). Berikut adalah panduan takbir hari raya, Solat Aidilfitri dan juga amalan menyambut Aidilfitri pada tahun ini.

Panduan Solat Hari Raya Aidilfitri Dalam Tempoh PKP

1. Solat sunat hari raya hendaklah dilaksanakan di rumah masing-masing.
2. Solat sunat hari raya boleh dilaksanakan tanpa atau dengan khutbah mengikut kemampuan dan kesesuaian.
3. Hanya dibenarkan berjemaah dalam kalangan ahli keluarga dalam rumah tersebut sahaja.
4. Ahli keluarga yang baru sembuh dari COVID-19 dan yang diarahkan untuk kuarantin di rumah tidak dibenarkan menyertai solat sunat secara berjemaah. Walau bagaimanapun, individu tersebut boleh menunaikan solat sunat hari raya secara berasingan.
5. Pesakit dan petugas di hospital dibenarkan melaksanakan solat sunat hari raya tertakluk kepada peraturan dan arahan yang ditetapkan oleh pihak KKM.
6. Bagi petugas yang diamanahkan bertugas di masjid dan surau, mereka boleh melaksanakan solat sunat hari raya tertakluk kepada pekeliling dan arahan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri.

Panduan Takbir Hari Raya Aidilfitri

1. Takbir hari raya di masjid dan surau hanya dilaksanakan oleh imam, bilal dan siak sahaja atau dengan menggunakan rakaman.
2. Digalakkan untuk setiap keluarga melaungkan takbir hari raya di rumah masing-masing.
3. Takbir dari rumah ke rumah pada malam hari raya tidak dibenarkan.
4. Pengendali stesen radio dan televisyen disarankan untuk menyiarkan rakaman takbir hari raya yang sedia ada dengan meletakkan kapsyen “Rakaman Ini Telah Dibuat Sebelum Tempoh PKP”.

Panduan Amalan Menyambut Aidilfitri

1. Amalan ziarah-menziarahi untuk bersilaturahim dibuat hanya dengan menggunakan alat komunikasi dan media sosial sebagai pengganti diri.
2. Rumah Terbuka Aidilfitri tidak boleh dibuat bagi mengelakkan penularan wabak penyakit.
3. Bacaan Yaasin dan Tahlil boleh diadakan di rumah selepas solat sunat Aidilfitri bagi menggantikan amalan menziarahi kubur pada hari raya.
4. Amalan menghadiahkan kuih-muih sempena hari raya boleh dilaksanakan dengan tatacara yang bersesuaian dengan perintah keselamatan dan taklimat kesihatan.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami