Imam Al-Ghazzali (505H) menyebutkan bahawa puasa itu ada 3 tingkat iaitu (a) Puasa Umum, (b) Puasa Khusus dan (c) Puasa Khusus dari yang Khusus.
(a) Puasa Umum (Shawm al-‘Umum): Mencegah perut dan kemaluan daripada memenuhi syahwat keinginannya. Inilah puasa orang awam.
(b) Puasa Khusus (Shawm al-Khushush): Mencegah pendengaran, penglihatan, lidah, kaki, tangan dan seluruh anggota tubuh lain daripada dosa. Inilah puasa orang-orang soleh.
(c) Puasa Khusus dari yang Khusus (Shawm Khushush al-Khushush):: Puasa hati daripada segala cita-cita yang hina dan segala fikiran duniawi, menahan hati dari pelbagai penyakit hati seperti takabbur, riya, ujub dll serta mengosongkan hati daripada segala sesuatu selain Allah secara keseluruhan. Inilah puasa para Nabi, shiddiqin dan muqarrabin.
Untuk mencapai tingkat Puasa Khusus, berusahalah untuk menyempurnakan 6 perkara:
#1 Jaga Pandangan
Tundukkan pandangan
Tidak melihat sesuatu yang haram/ makruh
Tidak melihat sesuatu yang melalaikan hati daripada ingat kepada Allah
Mafhum hadith: Melihat yang haram seperti anak panah beracun. (Riwayat Al-Hakim, sahih isnadnya)
Melihat dengan nafsu membatalkan pahala puasa. (Hadith dari Anas)
#2 Jaga Lidah
Tidak bercakap perkara lagha (sia-sia)
Tidak bercakap bohong
Tidak mengumpat
Tidak mengadu domba
Tidak berkata kotor
Tidak berkata sesuatu yang membuatkan hubungan menjadi renggang
Tidak berkata sesuatu yang membawa kepada permusuhan
Tidak berkata sesuatu yang mengandungi riya’ (menunjuk-nunjuk). o Selalu berdiam diri (tidak banyak bercakap kecuali apabila perlu)
Basahkan lidah dengan zikrullah dan membaca Al-Quran
Mafhum hadith: Puasa benteng (dari nafsu jahat dan syaitan). Oleh itu, ketika berpuasa, janganlah berkata yang haram dan jahil. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Kisah dari hadith: Zaman Nabi, 2 perempuan berpuasa. Terasa terlalu lapar dan dahaga. Keduanya menghantar seseorang kepada Rasulullah , memohon keizinan berbuka. Rasulullah izinkan dan kirimkan sebuah bekas, minta keduanya muntah ke dalam bekas ini.
Perempuan pertama muntah, keluar darah dan daging mentah, penuhi separuh bekas. Perempuan kedua muntah, keluar seperti itu juga, bekas jadi penuh. Orang ramai hairan.
Rasulullah memberitahu bahawa kedua-duanya telah berpuasa daripada apa yang dihalalkan untuk kedua-duanya (makan minum halal, tetapi tidak boleh makan dan minum kerana berpuasa), tetapi berbuka dengan apa yang diharamkan oleh Allah kepada kedua-duanya. Kedua-duanya mengumpat. (Riwayat Ahmad)
#3 Jaga Pendengaran
Tidak mendengar sesuatu yang haram dan makruh
Sesuatu yang haram diucapkan, haram juga mendengarnya
Mafhum Al-Qur’an: Dosa orang yang mendengar (yang haram) sama dengan memakan sesuatu haram. (Surah Al-Ma’idah: 42)
Mafhum hadith: Orang yang mengumpat dan yang mendengar umpatan sama-sama berdosa. (Riwayat Ath-Thobari)
#4 Jaga Seluruh Anggota Badan Dari Segala Dosa
Tangan dan kaki, jangan melakukan perkara yang makruh
Perut tidak makan makanan syubhah (tidak jelas halal haramnya) ketika iftar (buka puasa)
Perumpamaan: Berpuasa (tidak makan) dari yang makanan yang halal tetapi berbuka dengan makanan yang haram seperti seseorang yang membangun sebuah istana, tetapi meruntuhkan sebuah kota (sedangkan istana itu ada dalam kota).
Mudharat makanan yang halal kerana terlalu banyak memakannya, bukan jenisnya. Tujuan puasa ialah untuk menyedikitkan makan.
Perumpamaan: Seseorang yang tidak makan ubat yang banyak kerana takut mudharat, tetapi kemudian makan racun adalah orang yang dungu.
Mafhum hadith: Ramai yang berpuasa, tidak mendapat pahala, tetapi hanya merasa lapar dan dahaga. (Riwayat An-Nasa’i, Ibn Majah)
Contoh berbuka dengan yang haram ialah mengumpat ketika sedang berpuasa kerana dosa mengumpat seperti makan daging saudaranya yang telah meninggal dunia.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Ustaz Iqbal Zain merupakan seorang penceramah bebas, penterjemah ulama dari luar dan panel penceramah Pertubuhan KEMUDI. Mendalami pengajian khusus Feqah Imam Syafiee, Ilmu Tarbiyah dan Fiq-hudda’wah di Pusat Pengajian Darul Mustafa, Yamen. Kini menyambung pengajian di peringkat Master dalam bidang Ketamadunan Dan Falsafah Islam di Centre for Advanced Studies on Islam, Science and Civilisation (CASIS) di Universiti Teknologi Malaysia.
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.