Inspirasi

Pandanglah Dengan Mata Hati

Oleh Natirah Azira  •  15 Dec 2018

Ayat-ayat dalam Al-Quran sering menekankan tentang anjuran berfikir- tentang kejadian alam, tentang hikmah dari peristiwa lampau dan juga tentang kisah-kisah pengajaran yang terkandung dalam Al-Quran.

Allah bukan sahaja menggunakan perkataan ‘akal’ apabila berfikir tetapi Allah juga mengatakan tentang ‘hati yang berfikir’. Bolehkah hati kita berfikir sebenarnya?

Ustaz Nouman Ali Khan dalam video ini menerangkan bagaimana keadaannya hati yang berfikir. Bahkan telah ada kajian yang dilakukan oleh para saintis tentang hubung kait antara otak dan hati dalam proses berfikir.

Sesungguhnya hati yang berfikir itu dapat mencapai kedalaman iman yang lebih berbanding akal. Langit, tanah, pohon dan setiap apa yang ada di sekeliling bukan dilihat sekadar satu objek sahaja tetapi tempat nyatanya kuasa Allah yang Maha Mencipta.


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami