Hukum

Pandangan Islam Terhadap Proses Bedah Siasat Ke Atas Mayat

Oleh Fieyzah Lee  •  24 Jan 2020  •  3 min baca

Kebiasaannya mereka yang meninggal secara tiba-tiba akan menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai tentang sebab kematian mereka. Hal ini yang akan menyebabkan kepada berlakunya proses bedah siasat atau dikenali sebagai post mortem bagi mengetahui punca sebenar kematian.

Kes kematian ini disebut sebagai kes kematian klinikal (post mortem clinical) dan ia melibatkan persetujuan waris terlebih dahulu untuk membenarkan doktor melakukan pembedahan ini.

Adapun, bedah siasat juga boleh berlaku disebabkan arahan daripada pihak berkuasa seperti polis. Kes kematian ini disebut sebagai Medoci-legal (kes polis) seperti kematian akibat kemalangan, keracunan, bunuh diri dan sebagainya.

Selain objektif untuk mengetahui penyakit sebenar mangsa, ia juga boleh dilakukan sama ada untuk mengesahkan identiti mangsa dan membuat kajian rawatan terhadap sesuatu penyakit.

Keizinan bagi menjalankan bedah siasat mayat ini adalah bergantung kepada arahan yang dikeluarkan oleh majistret atau polis bagi kes-kes kematian polis, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia bagi kes-kes tertentu seperti penyakit berjangkit dan juga keizinan daripada waris.

Jadi, entri kali ini akan memperlihatkan pandangan Islam dalam isu ini kerana ramai yang berpegang bahawa mayat perlu disegerakan proses pengebumian mereka bagi mengelakkan kesakitan yang melampau terhadapnya dan juga pelbagai lagi perkara yang tidak diingini.

أَسْرِعُوْا بِالْجَنَازَةِ

Maksud: “Hendaklah dipercepatkan urusan ke atas pengebumian jenazah.” (Hadis Riwayat 2/373)

#1 – Dibolehkan Bedah Siasat

Syeikh Al-Azhar, Syeikh Yusuf Al-Dajawi, Syeikh Hasanain Makhluf dan jumhur ulama lain berpandangan bahawa harus hukumnya untuk melakukan post mortem berdasarkan beberapa dalil dan kaedah yang wujud, seperti:

إذا تَعَارَضَتْ مَصْلَحَتَانِ قَدَمَ أَقْوَاهُمَا ، وَإِذَا تَعَارَضَتْ مَفْسَدَتَانِ ارْتَكَبَ أَخَفَّهُمَا تفاديا لأشدهما

Maksud: “Apabila bertembung dua maslahah, maka didahulukan yang paling kuat dan jika bertembung dua kerosakan, hendaklah dipilih yang paling ringan untuk menolak yang lebih besar.”

Kaedah ini memberikan keringanan kepada dua masalah yang timbul, iaitu untuk mencari maklumat yang boleh membantu situasi tersebut (punca kematian bagi membantu yang masih hidup) berbanding dengan menyegerakan urusan pengebumian.

#2 – Tidak Dibenarkan Bedah Siasat

Syeikh Al-Arabi Bu Iyad Al-Tabkhi, Syeikh Muhammad Burhanuddin al-Sambuhli, Syeikh Muhammad Abdul Wahab al-Buhairi dan tokoh ulama lain juga menolak bedah siasat dan menghukumkannya sebagai haram. Mereka memegang kepada dalil yang dikeluarkan oleh Baginda SAW, iaitu:

اغْزُوا بِسْمِ الله وفِي سَبيلِ الله قَاتلُوا مَنْ كَفَرَ بالله، اغْزُوا وَلا تَغُلّوا ولاَ تَغْدِرُوا ولاَ تَمثلُوا

Maksud: “Berperanglah dengan nama Allah pada jalan Allah dan perangilah orang yang kafir dengan Allah, janganlah menipu, janganlah khianat dan janganlah kamu menyiat-nyiat anggota tubuh.” (Hadis Riwayat Muslim, 3/310)

Bahkan, Aisyah RA pernah meriwayatkan bahawa Baginda SAW bersabda;

Maksud: “Sesungguhnya mematahkan tulang orang-orang beriman yang mati seperti mematahkan tulang orang beriman yang hidup.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 544)

Walau bagaimanapun, menurut dalil-dalil dan qias yang telah dibincangkan dan diputuskan oleh fatwa Muzakarah Jawatankuasa fatwa Kebangsaan menyebut bahawa;

“Hukum asal pembedahan mayat adalah haram tetapi dibolehkan sekiranya dalam keadaan darurat dan terdapat keperluan yang mendesak seperti membuat kajian terhadap penyakit, mengenal pasti punca kematian dan penyelidikan serta pendidikan khususnya dalam bidang perubatan.”

Ia perlu dilakukan dengan mengikut aturan dan syarak yang ditetapkan seperti menghormati dan menjaga hak mayat, menyegerakan urusan bedah siasat dan menjaga aurat mayat.

Jika keadaan tidak mendesak (darurat) untuk melakukan pembedahan dan tidak mendapat keizinan waris, maka bedah siasat tersebut tidak boleh dilakukan.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Mufti Wilayah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami