Ibadah

Orang Yang Melupakan Allah, Lupa Kepada Diri Sendiri

Oleh Natirah Azira  •  26 Jun 2019

(Perkongsian di atas telah dibawakan oleh IluvUAllah)

Kehidupan seorang manusia tidak dapat tidak perlu dihubungkan dengan Tuhan. Ini kerana kita wujud di dunia ini atas kehendak dan aturanNya. Maka apabila bercakap tentang kehidupan seorang manusia, kita juga harus bercakap tentang soal ketuhanan. Allah telah berfirman:

“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan (amal-amal yang baik untuk menyelamatkan) diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik – derhaka.” (Surah Al-Hasyr 59:19)

Peringatan di atas adalah peringatan yang sangat jelas daripada Allah. Kita barangkali merasa tidak ada apa-apa pun yang akan berlaku jika kita jauh daripada Allah. Kita masih boleh meneruskan hidup seperti biasa,kita masih boleh bernafas, kita masih boleh makan, masih boleh minum, masih sihat, masih boleh bekerja, masih ada harta. Tetapi ada satu perkara yang mungkin kita tidak ada, iaitu bahagia. Hati kosong kerana ada sesuatu yang hilang iaitu rasa bertuhan.

Orang yang melupakan Allah, Allah akan menjadikan mereka lupa siapa diri mereka sendiri, lupa kepada tujuan hidup yang sebenar,lupa kepada perkara-perkara yang dapat menyelamatkan diri mereka daripada bahaya di akhirat kelak.

Dan apabila mereka lupa kepada tujuan hidup yang sebenar, hati akan menjadi keras, gelap dan tidak bahagia. Apa yang terjadi selepas itu? Mereka mula mencari kebahagiaan di tempat lain, pada perkara-perkara sementara di dunia ini – hiburan, harta dan manusia lain.

Kata Saudari Yasmin Mogahed, tempat tinggal kita yang sebenar-benarnya di syurga, tapi kita cuba mencari syurga di dunia.

Memang ramai yang tidak dapat dapat mengikut suruhan Allah dengan baik. Kita terlupa, kadang-kadang kita malas, kita rasa suruhan Allah terlalu berat atau tidak kena dengan cara hidup kita yang sekarang. Namun usah sampai membenci agama dan apa yang telah Allah beritakan kepada kita.

Apa yang perlu kita ingat, jasad kita ini hanya kenderaan yang sepatutnya dikendalikan oleh tuannya – iaitu roh jiwa kita di dalam, bukan sebaliknya jasad kita menjadi tuan dan melakukan mengikut kehendaknya sendiri.

Sejauh mana pun kita pergi, berdoalah supaya Allah tetap akan memandu kita pulang kepadaNya.


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami