Tokoh, Wanita

Nusaybah Binti Ka’ab, Wanita Berani Dalam Perang Uhud

Oleh Fizah Lee  •  6 Oct 2020  •  2 min baca

Apabila kita menelusuri sirah, pasti kita lihat banyak kisah tokoh yang amat berani dalam mengikuti perjalanan Baginda SAW bagi penyebaran agama Islam.

Sama ada ia adalah tokoh lelaki mahupun perempuan, semuanya memainkan peranan penting dan besar dalam meluaskan ajaran Islam.

Kali ini, Tzkrh akan memperlihatkan sirah tokoh wanita yang sangat berani dalam mengikuti perjuangan Baginda SAW, iaitu Nusaibah bin Ka’ab al-Anshari.

Beliau merupakan seorang wanita yang sentiasa dikenang keberaniannya terutamanya kisahnya ketika bersama-sama mengikut peperangan Uhud.

Nama penuh beliau ialah Nusaybah binti Ka’ab bin ‘Amru bin ‘Auf. Dalam kitab-kitab, beliau juga disebut sebagai Nasibah. Nama gelaran yang terkenal buatnya adalah Ummu ‘Umarah.

Beliau merupakan golongan Ansar yang paling awal dalam memeluk Islam. Beliau telah memeluk Islam ketika Mus’ab bin ‘Umair yang telah diutuskan oleh Baginda SAW untuk mengajar penduduk Madinah Al-Munawwarah.

Beliau juga merupakan seorang wanita yang berbaiat kepada Rasulullah SAW dalam baiat Aqabah kedua. Waktu itu, periwayatan menyebutkan bahawa hanya dua orang wanita sahaja yang terlibat dan salah seorangnya adalah Nusaybah.

Kisah Beliau Ketika Perang Uhud

Nusaybah merupakan salah seorang wanita yang berani mengikuti peperangan yang telah disertai oleh kaum muslimin.

Tugasnya adalah untuk merawat dan menjaga kebajikan muslim yang menyertai pertempuran tersebut.

Kisahnya yang sangat terkenal adalah ketika menyertai perang Uhud dan disebutkan oleh al-Zahabi dalam kitab Siyar alam al-Nubala.

Pada awal peperangan Uhud, umat Islam merasakan bahawa mereka telah menang sepenuhnya kerana pihak musuh telah bertempiaran lari.

Keadaan itu menyebabkan umat Islam leka dan masing-masing meninggalkan kedudukannya.

Kealpaan itu menyebabkan pihak musuh membuat serangan yang kedua kerana merasakan itu sebagai sebuah peluang untuk mengalahkan umat Islam.

Hal inilah yang menyebabkan Rasulullah SAW diserang dan Nusaybah yang melihatkan kejadian itu dengan beraninya mencuba melawan musuh.

Dalam riwayat lain disebutkan bahawa beliau dan ahli keluarganya turut membantu menentang musuh ketika serangan yang kedua berlaku.

Keberanian inilah yang menjadi sebutan sehingga ke hari ini kerana ia membuktikan bahawa wanita juga mampu menjadi hebat.

Kesimpulan

Nusaybah diriwayatkan meninggal dunia beberapa tahun selepas perang Yamamah.

Namun, sejarah hidupnya sehingga kini diingati dan dijadikan inspirasi untuk menunjukkan bahawa wanita itu boleh menjadi hebat jika mempunyai keyakinan diri.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Kisah Nusaybah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami