ISTANBUL – TURKI. Berang dengan pembunuhan 60 rakyat Palestin oleh tentera Israel ketika hari perasmian Kedutaan baharu Amerika Syarikat di Baitulmaqdis, Turki menggesa negara-negara Islam menilai semula hubungan diplomatik dengan Israel.
“Negara Islam mesti kaji semula hubungan dengan Israel. Kita mesti bersatu suara mengutuk kekejaman dan pembunuhan beramai-ramai ini”, pinta Perdana Menteri Turki, Binali Yildrim terhadap Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) agar mengadakan sidang kemuncak luar biasa bagi membincangkan perkara itu.
Dikhabarkan Presiden Recep Tayyip Erdogan sebagai pengerusi OIC akan mempengerusikan mesyuarat OIC di Istanbul Jumaat ini. “Perjumpaan ini tiada kaitan dengan polisi parti. Sebaliknya ia bagi menzahirkan solidariti penyatuan dan pendirian kita” tambah Yildrim.
Istanbul juga bercadang memanggil pulang duta besarnya dari Amerika Syarikat dan Israel. Bersatu demi Palestin!
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.