Gaya Hidup, Ibadah

Nasihat Ibnu Qayyim Tentang Bekalan Yang Sia-Sia

Oleh Fizah Lee  •  16 Jul 2020  •  2 min baca

Sebagai umat Islam, kita dianjurkan untuk melakukan kebaikan dan beribadah sebagaimana yang telah diajarkan dan disampaikan oleh para nabi.

Hidup ini bukan sekadar makan, tidur dan kerja semata-mata. Hidup ini meliputi semua. Dan setiap perkara yang dilakukan itu adalah ibadah dan akan dicatat sebagai pahala kebaikan.

Kita diajar untuk menunaikan solat. Kita diwajibkan untuk berpuasa apabila menjelangnya Ramadan dan yang paling penting ialah kita disuruh meninggalkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan mudarat kepada diri sendiri dan juga orang sekeliling.

Namun, untuk siapa kita melakukan semua itu? Jika menunaikan solat kerana paksaan ibu bapa, jadi apabila mereka sudah tiada lagi, adakah kita akan meninggalkan solat?

Jika dipaksa puasa kerana penyakit, jadi adakah bila sudah sembuh nanti, kita tidak akan berpuasa?

Fikir sejenak, kehidupan yang telah anda lalui hari ini untuk siapa? Selama 20 tahun anda hidup, adakah kehidupan anda itu berlandaskan dunia atau orang sekeliling semata-mata?

Ada orang yang solat sekadar solat. Tetapi hatinya masih lagi berat dan malas setiap kali masuknya waktu solat. Ada orang memberi sedekah kerana melihat orang lain juga sedekah. Tetapi tanpa sedar, semua yang dilakukan itu sekadar rutin harian yang tidak lagi dinikmati oleh hati dan iman.

Sebagaimana nasihat Ibnu Qayyim – “Amalan yang dilakukan tanpa disertai ikhlas dan tanpa mengikuti tuntunan Nabi SAW bagaikan seorang musafir yang membawa guni berisi pasir. Bekal pada guni itu memberatkan tetapi tidak membawa apa-apa manfaat.” (Al-Fawa’id, 81)

Beliau menyifatkan bahawa setiap amalan yang kita lakukan di dunia ini perlulah ikhlas keranaNya. Bukan semata-mata kerana rutin harian atau bukan juga kerana ingin menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

Bimbang jika dilakukan dengan niat selain Allah, ia sekadar menjadi sesuatu yang sia-sia. Lantas, bekal apa yang kita ingin tunjukkan di hadapan Allah kelak?

Justeru, setiap hari perbaharui niat untuk kehidupan anda. Kehidupan anda hari ini adalah untukNya dan setiap amalan yang anda lakukan adalah keranaNya.

Wallahu a’alam.

Sumber:
Rumaysho.com


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami