Keluarga

‘Naga Kecil’ Menghembus Asap Wangi

Oleh Noor Afidah Abu Bakar  •  27 Jul 2019  •  2 min baca

Selama ini kita biasa dimomokkan dengan kejutan budaya yang akan dialami apabila menetap di negara Barat yang dikatakan sangat teruk akhlak mereka.

Namun, kisah kami anak beranak berbeza. 4 tahun lalu saya mengalami kejutan budaya sekembalinya saya ke tanahair sendiri setelah menetap selama lebih 6 tahun di London.

Terkejut kerana menyaksikan sesuatu yang tidak saya lihat dilakukan secara terbuka di negara Barat yang dikatakan berakhlak buruk seperti London.

Saya terkejut melihat negara kita berasap teruk di setiap penjuru tambah-tambah lagi pada waktu malam. 

Saya terkejut melihat orang dewasa lelaki dan perempuan menjadi seumpama naga yang menghembuskan asap dengan bangga apabila berkumpul sesama mereka.

Saya terkejut kerana sentiasa terhidu bauan kurang enak yang menusuk hidung hinggakan terasa pening dan meloya walaupun saya tidak mengandung. 

Saya terkejut ‘naga-naga’ itu berbangga berkongsi dan bertukar-tukar bauan sesama mereka tanpa rasa apa-apa. 

Saya terkejut kerana ada di antara mereka ini bukannya calang-calang orang tetapi individu yang dipandang tinggi dan menjadi ikutan.

Saya terkejut kerana naga-naga ini mempunyai banyak sebab dan alasan untuk menjastifikasikan tindakan mereka.

Saya terkejut kerana alasan mereka lebih didengari berbanding nasihat pakar kesihatan. Saya terkejut kerana tiada penguatkuasaan.

4 Tahun Berlalu

Kini saya langsung tidak terkejut membaca berita tentang kanak-kanak sekolah menghisap vape seumpama kanak-kanak sekolah 30 tahun lalu makan kuaci.

Mereka belajar daripada siapa?
Mereka melihat siapa?
Mereka mencontohi siapa?

Asap yang berkepul-kepul dengan bauan yang pelbagai itu telah menjadi kebanggan anak muda kini. Bahkan hanya memerlukan sedikit masa lagi ia akan menjadi satu budaya, jika saat ini kita semua memandang perkara ini perkara yang biasa-biasa sahaja.

“We reap what we sow.
Kita tuai apa yang kita semai.”


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Noor Afidah Abu Bakar

Noor Afidah Abu Bakar

Beliau merupakan 'Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK)'. Beliau boleh dihubungi melalui FB Parent Connect. Lulusan MA Early Childhood Education di University of Sheffield.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami