Keluarga

Nabi SAW Ajarkan Baca Doa Ini Saat Mendengar Berita Kelahiran

Oleh Fizah Lee  •  17 Sep 2020  •  2 min baca

Pasti anda sedang berada dalam fasa di mana kawan-kawan anda yang telah ramai mendirikan rumah tangga.

Terutamanya di musim PKPP ini, ramailah yang mengambil peluang untuk melangsungkan perkahwinan kerana salah satu alasannya adalah jimat dari segi bajet dan juga jemputan.

Ada juga dalam kalangan kawan anda yang mungkin telah pun dikurniakan cahaya mata sedangkan anda, mungkin masih lagi mencari jodoh yang tak kunjung tiba.

Jangan risau kerana jodoh setiap orang itu pasti akan sampai pada masa yang sesuai untuk anda. Jadi, sementara ia hadir, cubalah perbaiki diri anda ke arah yang lebih baik.

Berbalik kepada kisah kawan-kawan anda yang mungkin telah menimang cahaya mata, selalunya kita akan memberikan hadiah seperti pakaian mahupun barangan bayi yang lain kepada mereka dan diberikan ucapan tahniah buat pasangan yang telah bergelar ibu bapa.

Namun, tahukah anda selain daripada hadiah dan ucapan tahniah, ada lagi perkara yang lebih menarik dan diberkati untuk diberikan kepada mereka, iaitu ucapan doa buat bayi tersebut.

Doa Kepada Anak Yang Baru Lahir

Hal ini pernah dilakukan oleh Baginda SAW sendiri yang mendoakan bayi yang baru lahir sekali gus mentahnikkannya.

Ucapan tahniah kepada pasangan yang menerima kelahiran itu adalah sunat. Maka, tidak salah dan digalakkan untuk diucapkan kepada mereka apabila mendengar berita gembira itu.

Dan boleh ditambah dengan perbuatan sunat mendoakan bayi tersebut dengan doa yang boleh memberi keberkatan.

Hal ini adalah berdasarkan riwayat daripada al-Husain RA bahawa beliau mengajar seseorang untuk mengucapkan tahniah;

بَارَكَ اللهُ لَكَ فِي المَــوْهُوْبِ لَكَ، وشَكَرْتَ الوَاهِبَ، وبَلَغَ أَشُدَّهُ، وَرُزِقْتَ بِرَّهُ

Maksud: “Semoga Allah memberkatimu dengan anugerah yang dikurniakan kepadamu agar engkau mensyukuri Sang Maha Pemberi, semoga anak ini membesar sehingga ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan agar engkau direzekikan dengan anak itu berbuat baik kepada ibu bapanya.”

Dan antara doa lain yang boleh dibaca juga adalah berdasarkan riwayat daripada Aisyah RA, Baginda SAW telah mendoakan seorang kanak-kanak, iaitu;

للَّهُمَّ اجْعَلْهُ بَاسا [بَارًا] رَشِيدًا وَأَنْبِتْهُ فِي الإِسْلَامِ نَبَاتًا حَسَنًا

Maksud: “Ya Allah, aku memohon engkau jadikan anak ini anak yang baik, berani dan cergas serta besarkanlah ia dalam Islam dengan baik” (Hadis Riwayat Abu Nuaim, 2/84)

Kesimpulan

Justeru, apabila mendengar berita kelahiran bayi, boleh sahaja mendoakan mereka dengan doa-doa sebagaimana yang pernah diajar oleh Baginda SAW sama ada ketika melawatnya atau tidak.

Sebenarnya, banyak lagi doa yang diajar oleh Nabi SAW untuk diucapkan kepada bayi yang baru lahir dan boleh juga dibaca dengan doa yang sesuai kepada mereka.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Mufti Wilayah Persekutuan


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami