Berita

#MusaadahCOVID19 Mula Dijalankan Untuk Meringankan Beban Asnaf Dan Petugas Hadapan

Oleh Fizah Lee  •  19 Mar 2020  •  2 min baca

Berikutan dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah bermula pada 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah menggesa semua agensi di bawahnya untuk membantu meringankan beban asnaf dan petugas hadapan COVID-19.

Agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah memulakan misi di Wilayah-Wilayah Persekutuan dan negeri-negeri lain yang telah dikenal pasti. Misi tersebut digelar #MusaadahCOVID19.

Menurutnya lagi, bantuan kewangan yang disalurkan pada setiap 25hb telah diawalkan dan mula dimasukkan kepada akaun bank penerima secara berperingkat bermula hari ini, 19 Mac 2020 .

Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ini melibatkan jumlah keseluruhan RM8.94 juta kepada 22 000 asnaf. Ia adalah bertujuan untuk meringankan beban terutamanya bagi mendapatkan barangan keperluan asasi dalam waktu ini.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) juga telah menyumbang makanan kepada petugas hadapan COVID-19 di PPUM, Kuala Lumpur tengah hari tadi dengan kerjasama daripada YBhg Datuk Ali Jawahar Ali, Restoran Ali Maju.

#MusaadahCOVID19 ini akan meneruskan misinya sehingga minggu hadapan dan beliau akan memastikan agar semua sumbangan sampai kepada sasaran yang dikehendaki.

Beliau juga menggesa kepada badan-badan korporat melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk turut menyumbang kepada mereka yang memerlukan sepanjang tempoh ini.

Sumber:
Kenyataan Media Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami