Sejarah

Mukjizat Nabi SAW – Kisah Pohon Kurma Yang Menangis

Oleh Fizah Lee  •  14 Oct 2020  •  2 min baca

Ada sebuah kisah yang akan dibawakan kali ini untuk membuktikan kepada kita mengenai mukjizat Baginda SAW.

Sebelum itu, kita tahu bahawa setiap nabi dan rasul mempunyai mukjizatnya yang tersendiri.

Sebagaimana Nabi Sulaiman yang boleh berbicara dengan haiwan atau Nabi Musa yang boleh membelah laut dengan tongkatnya, begitu juga dengan para nabi yang lain.

Nabi Muhammad SAW juga mempunyai mukjizatnya yang tersendiri. Dan salah satu kisah yang boleh membuka mata kita mengenai mukjizat adalah mengenai kisah masyhur pohon kurma yang menangis.

Dari Jabir RA berkata;

Maksud: “Rasulullah SAW biasanya berdiri di atas sebatang pohon kurma setiap kali menyampaikan khutbah. Namun, selepas dibuatkan mimbar, kami mendengar sesuatu daripada batang pohon kurma tersebut seperti suara teriakan unta yang bunting.

Baginda SAW kemudian turun dan meletakkan tangannya pada batang kurma tersebut. Selepas itu, batang kurma itu pun diam.

Mukjizat Di Sebalik Kisah Ini

Apa ibrah yang boleh kita lihat di sebalik kisah ini? Salah satunya ialah keagungan Baginda SAW yang bukan sahaja disanjung oleh manusia namun juga seluruh alam semesta.

Ibnu Hajar Al-Asqalani menyebutkan bahawa ia adalah tanda bahawa pohon yang tidak berakal dan bernyawa juga sentiasa bertasbih dan berselawat kepadanya.

Sebagaimana firman Allah yang disebutkan dalam Al-Quran, iaitu;

تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ وَالْأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ ۚ وَإِن مِّن شَيْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَـٰكِن لَّا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ ۗ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا

Mafhum: “Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada suatu pun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar lagi Maha Pengampun.” (Surah Al-Isra’, 17:44)

Syeikh Muhammad Salih Al-Utsaimin juga menyebut bahawa – sebelum mimbar itu dibina, Baginda sering berkhutbah dekat pohon kurma itu.

Namun, apabila adanya mimbar itu, pohon tersebut sedih kerana Baginda sudah meninggalkannya.

Betapa hebatnya kecintaannya kepada Baginda SAW. Jika sebelum ini kita mendengar kisah para sahabat yang sangat mencintai Nabi SAW.

Namun, kisah menakjubkan ini membuktikan bahawa kecintaan kepada Baginda SAW itu meliputi seluruh alam.

Jadi, apa tanda anda mencintai Rasulullah SAW?

Rujukan:
Rumaysho.com


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami