Eksklusif

Muat Turun Buku ‘Universiti Ramadan’ Dari Whitecoat

Oleh Natirah Azira  •  24 Apr 2020  •  1 min baca

Apa persediaan Ramadan anda kali ini?

Takkanlah ia ingin disambut dengan tangan kosong sahaja bukan?

WhiteCoat Group, sebuah platform penerbitan buku-buku inspirasi bertemakan perubatan dan juga kehidupan realiti, telah menyebar luaskan tentang promosi menarik kedai digital mereka sempena bulan Ramadan ini iaitu Ebook percuma bertajuk “Universiti Ramadan” hasil susunan pengasasnya sendiri iaitu Dr Anwar Fazal.

Buku digital ini memaparkan ilustrasi menarik tentang checklist ibadah bagi bulan Rejab, Syaaban, Ramadan dan juga Syawal.

Apa yang menarik, babnya dibahagikan umpama sistem semester universiti – dipanggil Semester Rejab, Semester Syaaban, Semester Ramadan dan Hari Graduasi iaitu pada tanggal 1 Syawal.

Ia mengandungi checklist amalan sunat yang boleh dilakukan, panduan membaca Al-Quran mengikut hari sepanjang bulan Ramadan, serta sistem pemarkahan yang boleh dikira sendiri.

Buku digital ini telah dimuat turun lebih daripada 3000 kali setakat ini. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, anda hanya perlu ke kedai digital whitecoat.com.my. Kemudian beberapa maklumat perlu diisi sebelum proses add-to-cart dan check-out dilakukan sama seperti pembelian online. Akhirnya anda boleh memuat turunnya ke dalam peranti telefon pintar atau komputer riba.

Mudah bukan?

Selamat memaknakan Semester Ramadan!


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami