Hukum

Microsleep – Adakah Batal Wuduk Jika Mengalaminya

Oleh Fieyzah Lee  •  21 Feb 2020  •  2 min baca

Microsleep merupakan satu episod tidur sebentar yang tidak dapat dikawal dan ia biasanya terjadi dalam tempoh beberapa saat sahaja. Ia juga selalunya terjadi tanpa amaran dan kerap berlaku kepada individu yang sedang berada dalam keadaan mengantuk tetapi cuba untuk menahannya.

Kebiasaannya, orang yang mengalaminya tidak akan menyedari dirinya sedang berada dalam keadaan microsleep. Mereka akan menyedarinya sejurus mereka sedar daripada episod tidur sebentar itu.

Bahayanya microsleep ini adalah apabila ia boleh mendatangkan lebih banyak bahaya terutama bagi orang yang sedang memandu, bukan sahaja kepada diri sendiri bahkan kepada orang sekeliling juga.

Sudah banyak kes yang dilaporkan mengenai gejala ini yang rata-ratanya boleh mengakibatkan kemalangan terhadap pemandu. Lebih menyayat hati apabila kemalangan tersebut membabitkan pemandu lain sehingga ada yang dilaporkan maut.

Disebabkan itu, kita disaran untuk berehat dan tidur seketika apabila mengantuk bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini terjadi. Hanya tidur merupakan ubat mengantuk yang paling berkesan.

Namun, apabila berada dalam situasi ini, wujud persoalan adakah batal wuduk mereka yang tertidur sebentar. Umum mengetahui mereka yang tertidur (tanpa sengaja) atau tidur sekejap dalam keadaan duduk (tanpa berlaku sebarang pergerakan punggung), maka wuduknya masih ada.

Pernah berlaku sebuah kisah pada zaman Baginda SAW di mana Anas bin Malik ketika itu sedang menunggu Baginda untuk bersolat sehingga mengantuk dan kepalanya tersengguk-sengguk. Begitu juga dengan para sahabat yang lain dan ada yang tertidur sejenak (dalam keadaan duduk).

Apabila Baginda datang, mereka terus bangkit untuk solat tanpa memperbaharui wuduk. Jumhur ulama berpendapat bahawa jika tertidur sejenak tanpa pergerakan (tidur yang tetap punggung), maka wuduk mereka masih sah. (Hadis Riwayat Muslim, no. 376)

Microsleep adalah sama situasi dengan mereka yang tertidur sejenak sama ada sambil duduk atau berdiri. Oleh itu, pandangan jumhur seperti mazhab Syafi’e mengatakan bahawa tidak batal wuduk mereka dan boleh bersolat tanpa memperbaharuinya.

Imam Al-Mawardi menyebut bahawa – “Tidur itu membatalkan wuduk, kecuali tidur yang sedikit ketika duduk atau berdiri.” (Al-Isnaf, 2/20)

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Microsleep
Muslim.or.id


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami