Tokoh

Menyingkap Kewafatan Imam Ghazali Pada Rabiul Akhir

Oleh Fieyzah Lee  •  9 Dec 2019  •  2 min baca

Nama Imam Al-Ghazali tidak asing lagi dalam kalangan kita. Beliau merupakan seorang ahli ilmu yang sangat zuhud dalam bidang dakwah dan juga keilmuwannya.

Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali Al-Tusi. Nama Ghazali sangat terkenal terhadapnya disebabkan oleh tempat kelahirannya, iaitu Ghazalah.

Ghazalah merupakan nama sebuah kampung dan tempat beliau dilahirkan. Ia terletak di pinggir Bandar Tusi, iaitu di Wilayah Khurasan, Parsi (Iran).

Beliau telah dilahirkan pada tahun 450 Hijrah bersamaan 1058 Masihi. Bapanya bekerja sebagai tukang tenun kain berbulu. Hasil tenunannya itu dijual di Tusi dan wang jualannya akan digunakan untuk mempelajari ilmu agama.

Dikatakan bahawa, bapanya seorang yang sangat mencintai ilmu agama terutamanya dalam bidang Tasawuf. Sebelum ayahnya meninggal dunia, beliau ada meninggalkan sedikit wang kepada sahabatnya sebagai upah untuk mengajarkan ilmu agama kepada anaknya.

Maka, dari wang tersebut, sahabatnya telah mengajarkan beliau menulis. Apabila sudah dewasa, sahabat ayahnya itu menyuruh beliau untuk belajar agama dengan lebih mendalam di sebuah sekolah yang telah didirikan oleh Perdana Menteri Nizam di Tusi.

Mengembara Demi Ilmu

Rentetan daripada itu, beliau juga telah melanjutkan pelajaran ke Jurjan untuk berguru dengan Nasr Al-Ismail. Kemudian, beliau telah belajar ilmu Tasawwuf daripada seorang sufi terkenal di Tusi yang bernama Yusuf Annasaj.

Imam Ghazali telah belajar dengan ramai guru dari kalangan ulama dan juga ahli sufu. Antaranya ialah Ibnu Muhammad Al-Radzikani, Imam Al-Haramaian Al-Juwaini.

Antara cabang ilmu pengetahuan yang telah dikuasainya ialah fekah dan ilmu kalam, ilmu falsafah seperti mantik dan jidal. Disebabkan itu, beliau telah mengetahui berbagai mazhab dan mengimbangi keilmuwan.

Bermula daripada itu, beliau mula mengarang kitab dari berbagai bidang. Antara kitab beliau yang terkenal ialah Ihya’ Ulum al-Din dan Bidayah al-Hidayah dan Mizan al-A’mal.

Beliau masyhur pada zamannya sehingga kini sebagai seorang alim, guru dan ahli sufi yang sangat berilmu, petah berkata-kata dan pemidato yang bagus.

Dikatakan bahawa, setiap kuliah yang disampaikannya mampu menarik ramai orang kenamaan dan terhormat untuk menghadirinya. Ramai orang yang sanggup berguru dengannya kerana ilmu yang ada padanya.

Beliau dikatakan telah meninggal dunia pada 14 Jamadil Akhir pada tahun 505 H bersamaan 19 Disember 1111 M.

Rujukan:
Imam Al-Ghazali


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami