Sejarah

Menyingkap Kejadian Tsunami Acheh 15 Tahun Lalu

Oleh Fieyzah Lee  •  29 Dec 2019  •  3 min baca

26 Disember 2019, genap 15 tahun peristiwa Tsunami di Acheh, Indonesia membadai sehingga meragut hampir 200 000 nyawa dan mengakibatkan kemusnahan yang besar terhadap warga Acheh, Thailand, India, Sri Lanka dan Malaysia sendiri.

Jika sebelumnya kita pernah digemparkan dengan gempa bumi dan tsunami di Jepun pada tahun 1896 yang meragut angka korban paling besar dalam sejarah, iaitu seramai 22 000 nyawa dan akhirnya tsunami 2004 di Acheh telah mengalahkan angka tersebut dengan catatan yang paling tinggi setakat ini.

Ekoran daripada itu, banyak negara yang telah bertungkus-lumus bagi bekerjasama membangun semula kawasan yang dilanda kemusnahan tersebut sama ada dari segi bantuan kewangan, tenaga dan juga kemanusiaan.

Malah, diberitakan juga bahawa Jerman juga telah menghantar lebih kurang 380 tentera untuk bertugas sebagai sukarelawan di sana dan mereka telah merawat sekitar 3000 pesakit dan korban bencana.

Apa Yang Berlaku

Mengenang kembali sejarah banjir besar ini telah berlaku pada pukul 7.59 petang dengan gempa 9.1 sehingga 9.3 skala Ritcher dan menggoncangkan dasar laut di barat daya sumatera di antara 20 sehingga 25 kilometer lepas pantai.

Gempa bumi ini berlangsung selama 10 minit dan merupakan gempa kedua yang terbesar dalam masa 100 tahun, iaitu selepas gempa bumi di Chile yang berlaku pada tahun 1960 dengan 9.5 skala ritcher.

Tsunami merupakan bencana yang tidak boleh dijangka. Ia berlaku apabila berlakunya gempa di bawah laut dan juga disebabkan oleh letusan gunung berapi yang akan menyebabkan keseimbangan air laut terganggu.

Kepantasan gelombang tsunami ini bergantung kepada kedalaman laut dan di mana gelombang tersebut berlaku. Semakin dalam air laut, maka semakin laju pergerakannya.

Tsunami menyelamatkan beberapa nyawa sebagai iktibar dan sejarah buat mereka yang masih hidup. Ia juga bukan bermaksud Allah ingin hambaNya untuk berputus asa dengan kehidupan tetapi sekadar peringatan buat mereka yang menyaksikan kebesaran Allah.

Mereka yang terselamat kembali membangun kembali sistem dan bandar Acheh dengan menjadikannya sebuah daerah yang mengamalkan gaya hidup Islam dan penuh harmoni.

Anda boleh lihat sendiri bancar Acheh yang semakin berkembang dari hari ke hari sehinggalah hari ini kita mampu menikmati iklim baru di sana sambil memperingati sejarah yang pernah terjadi.

Jambatan, pelabuhan, jalan raya dan banyak lagi yang kembali membangun dan penduduk yang selamat berjaya mendapat tempat tinggal yang selesa kembali.

Kesimpulan

Tuntasnya, Allah menghantarkan bencana buat hambaNya menyaksikan kebesaran Allah dan sentiasa memperingati bahawa setiap kehidupan ini adalah berada di dalam kuasaNya dan tiada apa yang dapat menghalang kuasaNya.

Ambillah iktibar atas setiap apa yang berlaku bukan sahaja banjir yang pernah terjadi di zaman kita, namun juga kejadian-kejadian yang berlaku sebelum zaman kita seperti bah besar pada zaman Nabi Nuh AS.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Sejarah Tsunami


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami