Inspirasi

Menjemput Kebahagiaan Dengan Belajar Erti Syukur

Oleh Fizah Lee  •  14 Dec 2020  •  2 min baca

Bersyukur dengan apa yang diperoleh. Kata-kata ini mungkin kelihatan ringkas dan biasa namun ketahuilah tidak semua orang boleh hadirkan rasa syukur dalam diri mereka.

Setiap perkara yang diperoleh, pasti ada sahaja kelemahan yang dilihat dan itulah yang membuatkan sesetengah manusia kurang bersyukur.

Bersyukur bukanlah bermaksud kita menerima dengan hati yang pasrah semata-mata, namun kita percaya bahawa Allah akan memberi lebih lagi jika kita meletakkan usaha melebihi hari ini.

Dengan bersyukur, hati kita akan mudah untuk mencapai ketenangan dan fikiran kita akan lebih terbuka untuk memandang ke hadapan bagi mengembangkan lagi diri kita ke arah yang lebih baik.

ليسَ الغِنَى عن كَثْرَةِ العَرَضِ، ولَكِنَّ الغِنَى غِنَى النَّفْسِ

Maksud: “Yang namanya kaya (ghina’), bukanlah dengan banyaknya harta (atau banyaknya kemewahan dunia). Namun, yang namanya ghina’ adalah hati yang selalu merasa cukup.” (HR Bukhari, no. 6446)

Jika anda bertanya; mengapa sukar untuk merasa bahagia sedangkan jika dilihat pada diri sendiri, anda sudah punya segalanya. Kehidupan yang baik, gaji yang mampu menanggung diri sendiri dan keluarga dengan cukup serta pasangan yang memahami.

Namun, kenapa seolah-olah kebahagiaan tidak dapat dikecapi oleh diri sendiri?

Mungkin, ada satu perkara yang anda terlepas pandang, iaitu sejauh mana anda bersyukur.

Apabila anda bersyukur, lebih mudah untuk menjemput kebahagiaan terhadap diri sendiri.

Dan dengan itu, lebih mudah untuk anda membahagiakan orang lain juga kerana kebahagiaan itu bukan datangnya dari anda sahaja namun juga dari sekeliling.

Sebagaimana pepatah Arab ada menyebut – “Manusia yang paling bahagia adalah yang sentiasa membuat orang sekeliling mereka bahagia.”

Justeru, langkah awal untuk menjemput kebahagiaan adalah dengan belajar erti syukur dengan segenap perkara yang diperoleh. Dengan itu, hati anda akan lebih mudah menggapai ketenangan.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami