Ibadah

Mengapakah Israk Mikraj Sebuah Perjalanan Istimewa?

Oleh Rabiatul Adaweeyah  •  18 Apr 2017  •  2 min baca

Peristiwa Israk dan Mikraj sememangnya membawa 1001 kekaguman kepada umat Islam sekaligus menambah kekuatan iman dan kepercayaan kepada Allah SWT.

Sepanjang peristiwa ini terdapat beberapa keajaiban yang tidak akan pernah dicapai oleh logik akal manusia untuk difikirkan. Namun, hanya dengan keimanan peristiwa ini dapat diterima sebagai satu bentuk kekuasaan Allah SWT.

Terdapat banyak keajaiban dan kekaguman yang tidak dapat dilihat oleh manusia biasa yang hanya dapat dilihat oleh Rasulullah SAW dalam perjalananya, antaranya;

#1 – Melihat Syurga Dan Neraka

Nabi Muhammad SAW sangat terpegun melihat keindahan Syurga. Di dalamnya terdapat pemandangan yang belum pernah dilihat dan bunyi-bunyian yang belum pernah didengar oleh manusia dan Baginda sendiri.

Baginda juga dibawa melihat Neraka dengan pemandangan yang mengerikan dan dipenuhi azab sengsara bahkan diterangkan akan setiap kesalahan mereka oleh Malaikat.

#2 – Melihat al-Bait al-Makmur

Bait al-Makmur adalah rumah atau dikenali sebagai ‘kaabah’ oleh penduduk langit yang dimuliakan yang terletak di langit ke tujuh. Rumah ini digelar ‘al-Makmur’ kerana banyak malaikat melakukan tawaf di sini. Dipercayai setiap hari sebanyak 70,000 malaikat akan solat di Bait al-Makmur.

#3 – Perjalanan Yang Hanya Sekejap

“Maha suci Allah, yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda–tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”(al-Israk:1)

Dalam perjalanan Israk ini, Nabi SAW telah menaiki kenderaan bernama Buraq, (binatang tunggangan) dan perjalanan dari Mekah ke Palestin berlaku dengan kadar kelajuan cahaya iaitu sekitar 300,000 km persaat. Dikatakan daun belum berhenti bergoyang di saat Rasulullah dihantar pulang dari langit.

#4 – Melihat Bentuk Sebenar Jibril

Semasa berada di Sidratul Muntaha, Rasulullah SAW telah melihat bentuk sebenar malaikat Jibril selepas kali pertama melihatnya semasa menerima wahyu di Gua Hira’.

#5 – Menyaksikan Sidratul Muntaha

Sidratul Muntaha digambarkan sebagai sebuah tempat yang terdapat pohon yang sangat besar. Dibawahnya terdapat sungai yang airnya tidak berbau dan mempunyai rasa. Malah terdapat juga sungai susu dan madu. Di sinilah juga Rasulullah menerima perintah solat lima waktu.

Begitulah salah satu kekuasaan Allah SWT jika Dia benar-benar ingin tunjukkan kepada hambaNya. Sesungguhnya Israk Mikraj adalah perjalanan yang mempunyai roh dan keistimewaan yang tak tergambar. Ianya pasti indah dan bermakna apabila kita sama-sama hayati.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Rabiatul Adaweeyah

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya dalam Pengkhususan Pengajian Media Dan Sejarah. Sekarang bertugas sebagai Editor di sebuah syarikat penerbitan buku.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami