Ibadah

Mengapa Sukar Tinggalkan Perkara Dosa

Oleh Natirah Azira  •  28 Feb 2019

(Pengisian dalam video diatas telah disampaikan oleh Ustaz Nouman Ali Khan- dibawakan oleh IluvUAllah)

Allah ada berfirman bahawa syaitan tidak akan dapat menguasai hamba yang beriman dan bertakwa kepada Allah.

Syaitan akan sentiasa membisikkan kejahatan. Itu sifat syaitan. Sedikit demi sedikit jika kita membenarkan, bermakna kita memberinya kuasa sehingga kita tidak mampu mengawal diri sendiri.

Apa tandanya?
Keburukan dan dosa sukar ditinggalkan. Dosa dipandang sebagai hal remeh. Tanpa sedar, ia menjadikan hati kita semakin keras. Jika melakukan dosa sekalipun, hati tidak berasa apa-apa.

“Aku nak tinggalkan dosa, tapi tak mampu. Aku buat dosa yang sama berkali-kali”

Justeru, tutuplah pintu-pintu kecil yang mampu dimasuki syaitan sejak dari awal.

Boleh jadi ianya bermula hanya dari perkara yang dianggap remeh seperti bercakap bohong, melengah-lengahkan solat, menghabiskan masa dengan sia-sia, tidak amanah dengan tanggungjawab, melupakan hutang sekalipun kecil dan bermacam pintu lagi yang mampu dimasukinya sehingga kita terpedaya dalam dosa dan sukar untuk keluar.

Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang dibisikkan oleh hati manusia. Jika benar kita mahu berubah, maka bersungguh-sungguhlah dalam usaha. Cari cara untuk merawat hati sehingga benar-benar sembuh. Wallahua’lam.


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami