Inspirasi

Mengapa Perlu Maafkan Orang Ketika Masih Di Dunia

Oleh Natirah Azira  •  12 Mar 2019

(Perkongsian dalam video di atas disampaikan oleh Mufti Menk, dibawakan oleh ILuvUAllah)

“Aku tak nak maafkan kau, kita jumpa di akhirat nanti!”

Kita pasti pernah mendengar kata-kata seperti di atas. Seolah-olah orang yang mengucapkannya benar-benar yakin bahawa di mahkamah Allah kelak mereka akan menang.

Dan jika menang sekalipun, kita akan ‘didakwa’ dengan beribu lagi ‘kes’ dan kesalahan ketika di dunia. Dan adakah kita akan menang semuanya?

Sesungguhnya seseorang manusia itu masuk syurga hanya kerana rahmat Allah. Adakah kita ingin mengharapkan solat kita yang tidak khusyuk, tidak sempurna? Adakah kita ingin mengharapkan pahala puasa kita dalam keadaan lalai dan tidak menjaga tutur kata? Bahkan jika kita beramal beribu tahun pun belum tentu mampu menampung segala dosa yang dilakukan.

Maka dengan rahmat dan keampunan Allah jua yang membolehkan kita terlepas daripada hukuman Allah dan mampu masuk syurga. Percayalah, satu saat menerima seksaan di akhirat kelak pun kita tidak terdaya.

Kita perlu beringat, jika orang melakukan dosa dan kesalahan kepada kita, maka kita juga pernah melakukan dosa dan kesalahan kepada orang.

Mungkin berkat kemaafan yang diberikan kepada orang yang melakukan kesalahan semasa di dunia, Allah juga akan memaafkan kita kelak di mahkamahNya. Kebaikan kita di dunia pasti akan dibalas kebaikan. Kita tidak rugi malah mendapat kemenangan di akhirat.

Sebolehnya selesaikanlah urusan sesama manusia di dunia, usah dibawa dendam dan rasa tidak puas hati ke akhirat.


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami