Gaya Hidup

Mengapa Perlu Amalkan Wuduk Sebelum Keluar Rumah

Oleh Fieyzah Lee  •  8 Jul 2020  •  2 min baca

Sekarang, buat umat Islam yang ingin menunaikan solat secara berjemaah di masjid atau surau perlu mengambil wuduk terlebih dahulurenyah p dari rumah.

Prosedur ini perlu dipatuhi bagi memastikan rantaian COVID-19 dapat diputuskan dan tidak mudah tersebar. Kolah atau paip masjid tidak dibenarkan untuk digunakan bagi mengambil wuduk.

Pada awalnya, memang ia kelihatan renyah dan agak payah untuk dilaksanakan kerana bimbang di tengah-tengah perjalanan untuk ke masjid atau ketika sedang beratur menunggu giliran untuk masuk ke dalam masjid, takut terbatal wuduk.

Namun, lama-kelamaan jika sudah biasa diamalkan, ia boleh mengubah gaya hidup anda sendiri, iaitu dengan membiasakan diri berwuduk sebelum keluar dari rumah.

Banyak manfaat dan kelebihannya buat mereka yang sentiasa mengutamakan wuduk sebelum keluar dari rumah. Ia ada dinyatakan dalam beberapa hadis sahih, iaitu;

#1 – Ganjaran Pahala Yang Besar

Maksud: “Sesiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk mendirikan solat fardu, maka pahalanya menyamai pahala seorang yang mengerjakan haji yang telah mengenakan ihram.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 558)

#2 – Dosanya Diampunkan

Maksud: “Barangsiapa yang berwuduk untuk solat secara sempurna, kemudian berjalan untuk mengerjakan solat fardu bersama orang ramai atau secara berjemaah atau di masjid, Allah akan mengampunkan dosa-dosanya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 232)

#3 – Langkah Kaki Yang Boleh Mengangkat Darjatnya

Maksud: “Barangsiapa yang bersuci di rumahnya, kemudian berjalan ke masjid untuk mendirikan solat fardu yang diwajibkan oleh Allah, maka langkahan pertama menghapuskan dosanya dan langkahan kedua mengangkat darjatnya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 666)

Kesimpulan

Syeikh Muhammad al-Amin al-Syanqiti menyebut bahawa keutamaan berwuduk ini bukan sahaja kepada mereka yang keluar untuk ke masjid, namun juga termasuk buat mereka yang ingin ke tempat kerja atau beriadah. Pendek kata, keistimewaan ini adalah untuk semua urusan melainkan urusan maksiat.

Hal ini kerana, perbuatan berwuduk itu adalah bersuci dan apabila seseorang itu mengamalkannya, maka ia boleh melakukan ibadah-ibadah wajib lain yang memerlukan wuduk seperti solat.

Justeru, sentiasalah mengamalkan wuduk walaupun belum masuk waktu solat.

Wallahu a’alam.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami