Inspirasi

Mengapa Kita Perlu Memberi Kemaafan

Oleh Fizah Lee  •  12 Jan 2021  •  2 min baca

Mengapa kita perlu memberi kemaafan? Persoalan ini mungkin sering juga berlegar di pemikiran anda terutamanya ketika berlakunya sesuatu kejadian yang bukannya datang dari kesalahan anda, namun anda sendiri dinasihati untuk memberi kemaafan kepada pihak yang bertanggungjawab.

Dari segi kewajarannya, ia adalah untuk menjadikan sesuatu masalah itu dapat diselesaikan dengan baik dan penuh rasional. Apabila kemaafan diberi, manusia cenderung untuk membuat keputusan bukan berdasarkan emosi dan dendam semata-mata.

Bahkan, dalam beberapa kajian juga menyebut bahawa, memberi kemaafan boleh mendatangkan beberapa manfaat besar kepada kualiti diri seseorang terutamanya dari segi kesihatan mental dan juga emosi.

Selain itu, ia sendiri mampu membantu menurunkan tekanan kepada diri seseorang kerana insan tersebut berada dalam keadaan menerima situasi tersebut dengan tenang dan sekali gus boleh melatih dirinya untuk lebih stabil.

Mafhum: “Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka, dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).” (Surah Al-Baqarah, 2:10)

Jangan Bawa Masalah Ini Sentiasa

Saya tertarik untuk berkongsi perkongsian daripada Ustaz Mizi Wahid yang menyebut bahawa kita memaafkan bukan untuk diri orang tersebut, namun untuk manfaat diri sendiri.

Kita melihat bahawa manfaat memberi kemaafan kepada diri sendiri amat banyak sama ada dari segi kesihatan fizikal dan juga mental.

Bahkan, bukan itu sahaja kerana Allah juga akan memberi ganjaran yang sangat besar kepada insan yang memberi kemaafan.

Kemaafan juga membuktikan bahawa kita telah menang, iaitu menang daripada insan yang telah melukakan anda.

Kemenangan ini jugalah yang telah menyekat daripada masalah untuk melanda anda. Apabila anda memaafkan, maka perlahan-lahan jga anda sedang melatih minda daripada tidak tersekat dengan permasalahan yang melanda.

Sekali gus, anda tidak akan membawa masalah anda ke dalam mana-mana situasi seperti memikirkannya di tempat kerja atau sehingga merosakkan fungsi kehidupan anda.

Sedangkan, masalah-masalah inilah yang telah melemahkan tenaga dan pemikiran anda serta menjadikan anda kurang fokus terhadap pekerjaan atau aktiviti seharian.

Oleh itu, manusia diajar untuk memberi kemaafan bagi melatih kekuatan hati dan minda kita supaya lebih rasional dalam setiap perkara yang dilakukan.

Sumber:
Ustaz Mizi Wahid – Why We Should Forgive


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami