Gaya Hidup

Mengapa Berdendam?

Oleh Natirah Azira  •  4 Nov 2018

Tidak ada dendam dalam Islam. Tidak ada putus asa dan tidak ada penyesalan atas perkara yang telah terjadi. Tidak perlu bendendam kerana dendam sendiri akan menjadikan sakit di hati bertambah parah.

Kita mungkin disakiti, dibenci dan diuji dengan perkara yang tidak diuji pada orang lain, namun apa pun cubaan yang datang, kecil atau besar, yakinlah bahawa segalanya punya manfaat di akhirat kelak.

Mungkin dengan cubaan dan kesukaran inilah yang akan menaikkan darjat kita di akhirat, suatu ganjaran yang tidak mampu kita bayangkan. Dengan ujian inilah dapat mengganti segala kekurangan dan kelemahan, ibadah yang tidak lengkap, hak orang yang tidak tertunai, dan sebagainya.

Hidup akan terus berjalan. Lembaran-lembaran hidup akan terus terbuka.Bersama kesukaran itu pasti ada kemudahan. Serahkan segalanya pada Allah. Yakinlah bahawa Allah Maha Tahu dan Maha Adil. Dia yang memperjalankan hamba-hambaNya, mengurus atur kehidupan kita semua di atas muka bumi ini. Dia Yang Maha Mengetahui segenap rahsia. Dia yang menguji maka pasti akan diberi juga jalan keluar.


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami