Hukum

Mengapa Bangkai Ikan Halal Dimakan

Oleh Fieyzah Lee  •  30 Jan 2020  •  3 min baca

Dalam sebuah hadis sahih ada menceritakan mengenai dua bangkai yang halal dimakan, dan salah satunya ialah ikan. Apabila dikaji secara saintifik, ia membuktikan bahawa ikan tidak mempunyai pembuluh darah yang boleh mengakibatkan darahnya terperangkap di dalam daging. Ia sekali gus boleh mengelakkan kuman daripada terkumpul dan merosakkan daging.

Berbeza dengan haiwan di daratan yang perlu disembelih mengikut prosedur yang telah ditetapkan dengan memutuskan urat halkum dengan urat marih. Hal ini bagi mengelakkan darah itu mengalir ke dalam pembuluh darah dan membawa kuman yang berbahaya bagi merosakkan daging tersebut.

Kandungan garam di dalam air laut juga berfungsi sebagai pengawet terbaik terhadap bangkai haiwan tersebut. Disebabkan itu, bangkai ikan yang telah mati di lautan adalah halal dimakan.

سأل رجلٌ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ فقال يا رسولَ اللهِ إنَّا نركبُ البحرَ ونحملُ معنا القليلَ من الماءِ فإن توضأَ بهِ عطشنا أفنتوضأُ من ماءِ البحرِ فقال رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ هو الطَّهُورُ ماؤُهُ الحِلُّ مِيتَتُهُ

Maksud: “Seseorang bertanya kepada Rasulullah dan berkata: “Wahai Rasulullah! Kami mengharungi lautan dan hanya membawa sedikit air. Apabila kami berwuduk dengan air tersebut, maka kami kehausan. Apakah kami boleh berwuduk dengan air laut?” Baginda SAW menjawab: “Laut itu suci airnya dan halal bangkainya.” (Hadis Riwayat Abu Hurairah 1/91)

Menurut Imam Baghawi RA, hidupan di dalam air itu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu:

#1 – Ikan: Jenis ini adalah halal dimakan, walaupun berbeza bentuk, nama dan jenisnya.

#2 – Selain daripada ikan: Terdapat dua jenis dalam bahagian ini, iaitu;

Pertama ialah yang hidup di darat dan di air (binatang dua alam) seperti katak dan buaya. Para ulama menghukumkan bahawa haram memakannya.

قال الحنفية والشافعية: لا يحل أكلها؛ لأنها من الخبائث

Maksud: “Pendapat Mazhab Hanafi dan Syafi’e: Tidak halal memakannya, iaitu haiwan dua alam yang hidup di air dan darat kerana jijik dan kotor.” (Fiqh Islam wa Adillatuhu 4/332)

Yang kedua pula ialah yang hanya hidup di air dan tidak dapat hidup di darat seperti belut. Mengikut mazhab Hanafi, haiwan jenis ini adalah tidak halal. Namun, menurut pendapat Mazhab Syafi’e dan Imam Malik, dibolehkan memakan haiwan jenis ini.

Adapun, wujud perbahasan mengenai ikan paus atau yu, khilaf ulama berkata bahawa ia halal dimakan kerana ia merupakan jenis haiwan di lautan. Namun, ada yang mengatakan hukumnya haram kerana ia merupakan haiwan pemangsa. Selain itu, paus tidak tergolong dalam keluarga ikan kerana ia merupakan mamalia dan bernafas menggunakan paru-paru.

Maksud: “Rasulullah SAW melarang memakan setiap binatang buas yang bertaring dan setiap jenis burung yang mempunyai kuku untuk mencengkam.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1934)

Secara ringkasnya, penjelasan yang menunjukkan bahawa haiwan-haiwan ini halal dimakan berdasarkan dalil setiap haiwan di lautan itu adalah halal dan ia disokong oleh pendapat ulama Maliki.

Walau bagaimanapun, bagi ulama yang mengeluarkan pendapat haram dimakan kerana sifatnya yang bertaring dan juga merupakan haiwan pemangsa. Bagi haiwan yang bersifat dua alam pula, ia juga adalah disebabkan oleh status haiwan tersebut yang dianggap jijik (khobits) dan untuk mengekalkan kebersihan makanan tersebut.

Terdapat juga haiwan yang haram dimakan kerana dalil yang menegaskan mengenai pengharaman pembunuhan mereka seperti katak. Adapun seperti haiwan yang terancam dan hampir pupus sehingga menyebabkan undang-undang digubal bagi menjaga ekosistem mereka, maka wajib ke atas orang ramai untuk mengikut arahan tersebut seperti larangan membunuh penyu bagi menjaga spesis mereka.

Wallahu a’alam.

Baca juga:
Ihsan Terhadap Haiwan – Hikmah Penyembelihan Haiwan Dari Sudut Sains

Rujukan:
Mufti Wilayah
Rumaysho.com


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami