Sejarah

Mengapa Air Zamzam Tidak Boleh Dijual Di Malaysia

Oleh Fieyzah Lee  •  17 Jan 2020  •  3 min baca

Air zamzam telah muncul pada zaman Nabi Ismail AS dan kisahnya yang sangat terkenal itu membuktikan keberkatan air zamzam yang boleh menghilangkan dahaga.

Ia muncul sewaktu Siti Hajar, ibu kepada Nabi Ismail sedang berusaha mencari mata air untuk menghilangkan dahaga anaknya selepas mereka ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim di antara bukit Safa dan Marwah kerana ia merupakan perintah Allah SWT. Kisah ini ada dinukilkan melalui Surah Ibrahim pada ayat yang ke-37.

Air zamzam mempunyai banyak kelebihannya yang tersendiri bukan sahaja untuk menghilangkan dahaga, malah dikatakan boleh mengenyangkan dan juga menjadi penawar kepada segala penyakit.

إِنَّها مُبارَكَةً، وَإِنَّها طَعامُ طُعْمٍ وَشِفاءُ سُقْمٍ

Maksud: “Sesungguhnya ia adalah berkat dan ia adalah makanan yang mengenyangkan serta penyembuh kepada penyakit.” (Hadis Riwayat Abu Dzar, 370/14)

Air zamzam ini telah menjadi amalan oleh para sahabat dan juga ulama sejak dahulu lagi bagi mengambil keberkatannya. Imam Al-Hakim, Imam Al-Iraqi, Imam Al-Hafiz Ibn Hajar serta beberapa lagi ulama yang mahsyur telah menukilkan sendiri pengalaman mereka dalam mengamalkan meminum air zamzam ini.

Kelebihan Air Zamzam

Berdasarkan dalil yang telah dinyatakan melalui Al-Quran dan juga hadis, tidak dapat disangkal lagi bahawa banyaknya kelebihan dan keberkatan yang boleh diperoleh jika meminum air ini.

Bahkan, beberapa kajian saintifik juga telah membuktikan bahawa molekul air zamzam ini sangatlah unik dan indah. Terdapat sebuah kajian yang telah dilakukan oleh Prof Dr Masaru Emoto untuk melihat wajah molekul air zamzam ini berdasarkan kaedah magnetic resonance technology.

Beliau telah membekukan sampel air zamzam ini pada paras 10 darjah celcius dan dilihat di bawah mikroskop khas. Hasil kajian menunjukkan bahawa imej berbentuk heksagon telah dilihat dan ia kemudian bertukar perlahan-lahan menjadi bentuk kristal yang sangat indah dan dikatakan bercahaya.

Ia juga mempunyai empat unsur bahan yang berkhasiat, iaitu kalium, kalsium, magnesium dan natrium. Kalium dan magnesium merupakan kandungan yang paling tinggi dalam air ini dan ia merupakan bahan amat penting dalam tubuh manusia.

Undang-Undang Malaysia Melarang Penjualan Zamzam

Keberkatan air zamzam ini bukan setakat apabila ia berada di tanah suci Mekah sahaja, bahkan ke mana sahaja ia dibawa, keberkatannya masih sama. Kesepakatan para ulama mengatakan bahawa harus hukumnya membawa air zamzam ke seluruh negeri bagi tujuan bertabarruk (mengambil berkat).

Aisyah RA juga pernah membawa air zamzam keluar daripada Mekah ketika bermusafir (hadis riwayat al-Tirmizi, no. 963).

Walau bagaimanapun, di Malaysia air zamzam dilarang untuk dijual dan diperdagangkan bagi menjaga nama baik Islam.

Undang-undang Malaysia sejak tahun 2012 telah menguatkuasakan pengharaman penjualan air zamzam di seluruh negeri.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Perlis, iaitu Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, penguatkuasaan itu adalah untuk mengelakkan sebarang penjualan produk yang menggunakan nama Islam dijual secara berleluasa yang boleh mengundang penipuan.

Kerajaan Arab Saudi tidak melarang para jemaah untuk membawa pulang air zamzam namun dalam kuantiti yang dibenarkan. Walau bagaimanapun, untuk tujuan komersial seperti perdagangan adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Justeru, pihak kerajaan Malaysia telah menetapkan air zamzam dalam kategori air mineral semula jadi dan termaktub di bawah peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985, iaitu pengimportan air mineral semula jadi memerlukan lesen punca air KKM setelah mendapat pengesahan pihak berkuasa geologi dan hidrologi dari negara pengeksport.

Oleh itu, menjual air Zamzam di Malaysia termasuk sebagai kesalahan dan Peraturan 397, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang boleh dikenakan denda sebanyak sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun.

Kesimpulan

Meminum dan memberi minum air zamzam bukan menjadi sebuah kesalahan selagi mana ia tidak melanggar undang-undang yang telah ditetapkan. Sebagai umat Islam, kita perlu mengikut peraturan yang telah termaktub demi kemaslahatan semua.

Wallahu a’alam

Baca juga:
Sejarah Air Zamzam

Rujukan:
Mufti Wilayah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami