Ibadah

Mencari Ketenangan Dengan Berdoa

Oleh Ismi Hayati  •  8 Nov 2018  •  2 min baca

Selalunya jika hati sedang resah dan gundah, apa yang biasa kita lakukan untuk menenangkannya?

Saya yakin pasti ada yang memilih untuk berlibur, mendengar muzik, berjalan-jalan atau mungkin tidur sebentar bagi melupakan seketika masalah yang membelenggu.

Tahu atau tidak, berdoa juga boleh menjadi salah satu terapi untuk menenangkan hati yang resah dan jiwa yang galau.

Doa Satu Terapi

Bagaimana doa boleh jadi satu terapi? Iaitu saat kita tenggelam dalam bicara kepada Dia Yang Maha Mendengar.

Waktu itu luahkan apa sahaja yang terbuku di hati, hatta apa jua cerita atau kejadian yang telah terjadi.

Lakukan dengan bersungguh-sungguh seolah-olah kita sedang bercerita dengan seorang sahabat yang sedang mendengar.

Jangan malu dengan Allah saat berdoa walaupun kita ini banyak dosa kerana yang tidak melakukan dosa hanyalah malaikat.

Manusia melakukan kesilapan itu fitrah. Cuma janganlah diulang kesilapan sama kerana muslim yang melakukan dosa yang sama adalah seorang yang kalah terhadap nafsunya. AllahS.W.T berfirman yang bermaksud;

“Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu.”Surah Ghafir: 60



Jadi mengapa mahu mensia-siakan peluang yang diberi? Cuma satu, jangan hadkan berdoa hanya di tikar sejadah sahaja tetapi lakukanlah walau di mana berada.

Misalnya ketika memandu, berjalan, tidur apalagi ketika berada dimajlis ilmu. Lakukan dengan bersungguh-sungguh dan sepenuh hati dan rasailah ketenangan yang hadir dalam hati.

Doa paling berkesan ialah dengan dilakukan dalam bentuk monolog. Percayalah kaedah in lebih berkesan dan akan berasakan diri sangat dekat dengan Dia Yang Maha Penyayang. Contohnya begini,

“Ya Allah.. (saya atau aku) geram sangat dengan mamat tadi. Kau berilah aku sabar dan tenang supaya hal tadi tidak membebankan aku.”

Nampak? Dalam berdoa kita tidak akan lari daripada bergantung harap kepada Allah. Percayalah, meluahkan kepada manusia adakala membuatkan kita semakin celaru.

Malah tiada kesudahan. Hati pula tetap keliru. Tetapi apabila berdoa dan berharap hanya kepada Dia, tenang itu hadir umpama air sejuk yang mengalir di kaki bukit.

Selagimana kita yakin Allah itu Maha Mendengar, kita tidak lagi akan down dengan mudahnya.

Yakinlah Allah sebenarnya telah menyediakan kaedah paling istimewa untuk menenangkan jiwa yang parah dan kusut dalam kehidupan.

Betapa Allah itu tidak selamanya membiarkan kita tenggelam dalam kecewa dan kesedihan.

Teruslah berdoa, berharap dan percaya bahawa Allah akan terus membantu hamba yang dekat dan cinta kepada-Nya.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Ismi Hayati

Merupakan seorang editor bahasa di sebuah syarikat percetakan yang terletak di Shah Alam.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami