Hukum, Ibadah

Membaca Surah Al-Ikhlas Dalam Setiap Rakaat Solat Tarawih?

Oleh Fizah Lee  •  13 May 2020  •  2 min baca

Surah al-Ikhlas merupakan salah satu surah yang menunjukkan penyataan ringkas ketauhidan kita terhadap Allah serta pengisytiharan terhadap kesempurnaan Allah. Ia terdiri dalam empat ayat yang meringkaskan mengenai ketuhanan dan keesaan Allah.

Apabila dilihat akan baris-baris ayat surah ini yang ringkas dan pendek, ia menjadikan surah ini senang untuk dihafal dan diamalkan.

Malah, ia juga sering dibaca di dalam rakaat solat sama ada yang sunat mahupun wajib. Berikutan dengan bulan Ramadan yang disambut dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, pastinya ada yang masih lagi berjinak-jinak untuk menjadi imam sepanjang Tarawih kali ini.

Untuk memudahkan imam sendiri, rata-rata akan memilih untuk membaca surah pendek dan yang mudah diingat. Bahkan, ada yang memilih untuk membaca surah Al-Ikhlas daripada awal rakaat Tarawih sehinggalah solat Witir.

Sebenarnya, Baginda SAW diriwayatkan pernah membaca surah yang sama pada kedua-dua rakaat dalam solat Subuh. Ia ada diriwayatkan dalam sebuah hadis daripada Muaz bin Abdillah al-Juhainy, seorang lelaki dari Juhainah berkata kepadanya

Maksud: “Bahawa dia mendengar Nabi SAW membaca di dalam solat Subuh pada kedua-dua rakaat. Aku tidak tahu sama ada Baginda terlupa atau sengaja membacanya dalam kedua-dua rakaat.” (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 816)

Walau bagaimanapun, para sahabat ragu akan perbuatan Baginda itu, sama ada ia adalah sesuatu yang disyariatkan atau tidak kerana ia adalah berbeza dengan kebiasaan Baginda ketika solat.

Namun, menurut penjelasan ulama seperti Sheikh Syamsul Haq al-‘Azim al-Abadi, apabila sesuatu perkara itu menimbulkan keraguan sama ada disyariatkan atau tidak, maka ia lebih difahami sebagai sesuatu yang disyariatkan kerana asal perbuatan Baginda adalah untuk mensyariatkan sesuatu amalan. (‘Aun al-Ma’bud, 3/23)

Justeru, dapat difahami bahawa membaca surah yang sama dalam setiap rakaat solat itu adalah dibenarkan. Hal ini juga dapat dilihat bahawa hukum asal membaca surah selepas Al-Fatihah adalah sunat sama ada pendek atau panjang.

Maksud: “Jumhur ulama dari kalangan Hanafiyyah, Syafi’iyyah dan Hanabilah berpendapat bahawa tidak mengapa bagi seseorang yang solat untuk mengulangi surah daripada surah-surah dalam Quran yang dibacanya pada rakaat yang pertama.” (Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 25/290)

Tuntasnya, dapat dilihat bahawa harus bagi seseorang sama ada imam atau solat secara bersendirian untuk membaca surah yang sama dalam rakaat solatnya.

Namun, adalah lebih baik untuk mencuba membaca surah yang berlainan dalam setiap rakaat kerana ia juga merupakan amalan sunnah.

Dalam masa yang sama, ia juga boleh membantu anda sendiri untuk lebih mudah mengingat ayat Al-Quran.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Muslim.or.id


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami