Berita

Melaka Longgarkan Had Umur Untuk Berjemaah Di Masjid

Oleh Fizah Lee  •  17 Jun 2020  •  1 min baca

Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah membenarkan individu berusia lebih 70 tahun untuk turut menunaikan solat Jumaat dan fardu di masjid.

JAIM sebelum ini tidak membenarkan warganegara Islam daripada golongan warga emas untuk menunaikan solat jemaah di masjid.

Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira akan kesihatan individu yang hadir, iaitu mestilah benar-benar sihat dan bebas daripada gejala berkaitan COVID-19 seperti demam, selsema, sesak nafas dan batuk.

Jemaah yang hadir perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seperti memakai pelitup muka, mengambil wuduk dari rumah dan membawa sejadah sendiri.

Mereka juga perlu memeriksa suhu badan sebelum masuk ke masjid dan wajib mendaftar nama serta memastikan agar tiada kontak rapat dilakukan.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami