Inspirasi

Matlamat Setinggi Menara Tokyo

Oleh Zulfikar Egar  •  22 Dec 2018  •  2 min baca

Saya pernah menonton sebuah video Motivasi oleh Irfan Khairi seorang Motivator dan Usahawan. Video itu yang berlatar belakangkan ‘Tokyo Tower’.

Menara Tokyo itu dijadikan perumpamaan olehnya untuk menggambarkan apabila ada matlamat, matlamat itu biarlah tinggi, setinggi Menara Tokyo.

Bila kita ada angan-angan, ada cita-cita, ada matlamat, ada ‘goal’ atau tidak kiralah apa yang kita panggil. Pastikan ianya tinggi. Tetapkan matlamat itu tinggi, lagi tinggi lagi bagus.

Sebab apa perlunya begitu? Kerana “Shoot For The Star” yang membawa maksud;

“Kalau kita tidak dapat mencapai bintang, kita masih lagi dapat mencapai bulan.”

Bayangkan ‘target’ atau sasarkan yang kita hendak naik atas puncak Menara Tokyo. Katakanlah kita naik ke atas hanya menggunakan tangga tanpa lift.

Matlamat kita ingin naik hingga ke puncak Menara Tokyo. Jadi kita naik perlahan-lahan hingga terasa penat.

Saat itu timbul rasa putus asa. Namun, kita sudah pun sampai separuh jalan. Lalu kita cuba lagi untuk naik dan naik lagi ke atas. Akhirnya kita terasa penat dan tidak sanggup lagi untuk meneruskannya.

Tidak sanggup lagi untuk meneruskan tidak mengapa. Berhentilah di tingkat yang kita sudah sampai.

Walaupun kita sudah berhenti, tetapi kita sudah dikira menaiki bahagian yang tinggi iaitu kita tetap sudah berjaya.

Matlamat kita sememangnya sudah pun tinggi. Asalnya kita hendak sampai ke puncak di atas. Tetapi kita tetap berjaya juga naik ke atas walaupun tidak sampai ke puncak.

Maksudnya untuk mencapai matlamat, perlu meletakkan matlamat yang tinggi. Lagi tinggi adalah lagi bagus.

Tidak tercapai tidak mengapa. Sebab kita sudah berusaha. Kita sudah berikhtiar dan kita sudah pun berdoa dalam untuk mencapai matlamat tersebut.

Di mana kita sudah ada niat untuk mencapai matlamat tersebut. Tetapi kalau tidak tercapai, mungkin bukan rezeki kita di situ.

Kesimpulannya, ialah apabila kita sudah menetapkan matlamat yang tinggi, setinggi hingga ke puncak Menara Tokyo, InsyaAllah kita boleh mencapai juga kejayaan di separuh menara. Namun, andai ada rezeki, boleh jua sampai di puncak ‘Menara Tokyo’ tersebut. Wallahualam.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Zulfikar Egar

Zulfikar Egar

Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dan Pembangunan Keusahawanan di Kuala Lumpur Metropolitan University College. Pernah bertugas sebagai Penolong Eksekutif di Pusat Pengajian Islam Yayasan Ta’lim TTDI KL. Kini bertugas di SmartStuday & Consultant Sdn. Bhd. sebagai Eksekutif Jualan SmartStudy.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami