Gaya Hidup

Mati Hujah Dan Jatuh Berlutut Di Hadapan Allah

Oleh Abdullah Bukhari  •  5 Oct 2019  •  2 min baca

Ahli neraka akan disoal siasat dengan hina oleh Allah, lalu langsung mereka kematian hujah. Mereka kematian hujah dek kegemparan kiamat yang sungguh dahsyat. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

Dan pada hari (kiamat itu) Allah menyeru mereka lalu bertanya: “Apa jawab kamu kepada Rasul yang diutus kepada kamu dahulu? Maka gelaplah kepada mereka, pada hari itu, segala khabar berita dan peristiwa (yang telah lalu), serta mereka tidak dapat bertanya sesama sendiri. Surah al-Qasas 28:65-66

Walaupun yang sedang disoal siasat adalah peguam atau pemidato terhebat semasa di dunia, dia tetap akan kematian hujah. Bukan setakat kematian hujah, mereka akan jatuh berlutut kerana ngerinya kegemparan hari itu:

Dan (pada hari kiamat) engkau akan melihat setiap umat berlutut (dalam keadaan cemas dan menunggu panggilan); setiap umat diseru untuk menerima kitab suratan amalnya (serta dikatakan kepada mereka): “Pada hari ini kamu akan dibalas menurut apa yang kamu telah kerjakan! “Inilah surat (tulisan malaikat) Kami, ia memberi keterangan terhadap kamu dengan yang benar, kerana sesungguhnya Kami telah (perintahkan malaikat) menulis segala yang kamu telah lakukan (di dunia dahulu)!” Surah al-Jathiyah 45:28

Mereka yang mati hujah dan jatuh berlutut adalah orang yang mendapat audit yang buruk, audit yang buruk adalah petanda ahli neraka:

لِلَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمُ الْحُسْنَى وَالَّذِينَ لَمْ يَسْتَجِيبُوا لَهُ لَوْ أَنَّ لَهُمْ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا وَمِثْلَهُ مَعَهُ لَافْتَدَوْا بِهِ أُولَئِكَ لَهُمْ سُوءُ الْحِسَابِ وَمَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَبِئْسَ الْمِهَادُ
Bagi orang yang menyahut seruan Tuhan mereka sahajalah balasan yang sebaik-baiknya; dan oorang yang ingkar yang tidak menyahut seruanNya, kalaulah mereka mempunyai segala apa jua yang ada di bumi disertai dengan sebanyak itu lagi, tentulah mereka rela menebus diri dengannya. mereka itu disediakan baginya hitungan hisab yang seburuk-buruknya, serta tempat kembali mereka ialah neraka jahanam; dan amatlah buruknya tempat tinggal itu Surah al-Ra’d 13:18

Hari kiamat adalah hari yang pasti ditempohi semua manusia tanpa mengira mereka mahu ke sana atau tidak.

Oleh itu, kita WAJIB bersedia untuk ke sana. Bersedialah dengan memenuhi segala tuntutan Allah semasa di dunia agar kita tidak panik, tidak mati hujah, tidak jatuh berlutut dan dihisab dengan audit yang mudah di sana kelak:

Mereka tidak mendengar suara (julangan) api neraka itu, dan mereka akan kekal selama-lamanya di dalam (nikmat Syurga) yang diingini oleh jiwa mereka. Huru-hara besar yang amat mengerikan (pada hari kiamat) itu tidak merunsingkan mereka, dan (sebaliknya) mereka disambut oleh malaikat dengan berkata: “Inilah hari kamu (beroleh kebahagiaan), yang telah dijanjikan kepada kamu (di dunia) dahulu” Surah al-Anbiya’ 21:102-103


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Abdullah Bukhari

Abdullah Bukhari

Beliau merupakan seorang Sarjana Usuluddin (Tafsir Al-Quran) dan kini menjadi seorang pensyarah di Jabatan Tilawah Al-Quran, Pusat Bahasa, UIAM. Beliau juga merupakan pemikir dan penulis Nota Tafsir Wartawan al-Quran yang kerap dikongsikan bersama pembaca, lebih-lebih lagi pengguna Facebook. Selain daripada itu, penulisan beliau juga kerap tersiar di akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami