Sejarah

Masjid Zahir – Masjid Diraja Yang Tertua Di Kedah

Oleh Fizah Lee  •  6 Nov 2019  •  2 min baca

Masjid Zahir atau nama lainnya ialah Masjid Zahrah yang terletak di bandar raya Alor Setar, Kedah merupakan masjid tertua yang telah dibina di Kedah.

Ia merupakan salah satu usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Tajudin Mukarram Shah pada 22 Rabiul Awal 1330 H bersamaan dengan 11 Mac 1912.

Reka bentuk masjid ini telah diilhamkan sendiri oleh beberapa orang jawatankuasa, iaitu Muhammad Ariffin bin Muhammad Arshad yang merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri bersama dengan dua orang jurutera, J. Gorman dan Pak Din yang merupakan seorang anak tempatan.

Ciri seni bina Masjid Zahir ini mempunyai pengaruh Timur Tengah dan India dengan berlatarbelakangkan tulisan-tulisan khat dan juga 5 kubah yang melambangkan 5 rukun Islam.

Masjid ini juga turut terinspirasi oleh Masjid Azizi yang terletak di Sumatera Utara. Ia merupakan peninggalan Kesultanan Langkat dan merupakan masjid paling cantik di Nusantara.

Tapak bangunan masjid ini mempunyai keluasan kira-kira 124,412 kaki persegi yang boleh memuatkan bilangan jemaah yang ramai.

Sebenarnya, sebelum tercetusnya ilham untuk membina masjid ini, masyarakat Kedah menggunakan masjid yang lama dan kecil berbumbungkan nipah.

Disebabkan penduduk yang semakin berkembang dari masa ke masa dan memerlukan ruang yang lebih besar untuk beribadah dan bersosialiasi, pemerintah ketika itu memutuskan untuk membina masjid baharu bagi menggantikannya.

Malah, tapak masjid ini juga dikatakan merupakan makam pahlawan Kedah yang gugur dalam serangan Siam di Kedah pada tahun 1821.

Pembinaan masjid ini telah memakan masa selama tiga tahun dan siap sepenuhnya pada tahun 1915. Ia telah dirasmikan oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada 6 Zulhijjah 1333 H bersamaan 15 Oktober 1915.

Menariknya, perasmian ini disekalikan dengan Solat Jumaat dan Tunku Mahmud sendiri yang menggalas tugas sebagai pembaca khutbah ketika itu manakala sultan telah menjadi imam solat Jumaat.

Masjid yang merupakan mercu keagungan Islam di Kedah ini juga merupakan masjid Diraja dan diangkat sebagai masjid tercantik di dunia.

Rujukan:
Sejarah Masjid Zahir


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami