Berita

Masjid Seri Sendayan – Rasai Pengalaman Beribadat Seperti Di Taj Mahal

Oleh Fieyzah Lee  •  23 Sep 2019  •  2 min baca

Buat anda yang menyimpan hasrat dan niat untuk berkunjung ke Taj Mahal atau masjid-masjid unik dan gah di luar negara namun masih belum berkesempatan untuk ke sana, mungkin anda boleh merasai terlebih dahulu pengalaman bersolat di masjid tempatan persis luar negara.

Masjid Seri Sendayan merupakan salah sebuah masjid yang telah diwakafkan oleh Tan Sri Abdul Rashid Hussain, iaitu pengasas kepada kumpulan RHB dan merupakan salah seorang usahawan yang paling berjaya di Malaysia.

Ia merupakan sebuah masjid yang baru dibuka dan mampu memuatkan sehingga 5000 jemaah pada satu masa sekali gus menjadikan ia salah sebuah masjid terbesar di Negeri Sembilan yang telah menjadi tumpuan rakyat.

Masjid yang terletak kira-kira 10 kilometer dari Seremban itu telah mula dibina pada tahun 2015 dengan keluasan tanah seluas 4.5 ekar.

Antara yang menjadi tulang belakang kepada pembinaan masjid tersebut ialah Zailan Yusop yang merupakan salah seorang arkitek yang bertanggungjawab dalam pembinaannya.

Masjid tersebut dikatakan merupakan campuran seni bina beberapa masjid dari negara Timur Tengah seperti Masjid Taj Mahal, Masjid Nabawi dan Kerajaan Uthmaniyah.

Tulisan khat yang telah ditulis sendiri oleh tokoh khat di dunia, iaitu Sheikh Hassan Celebi merupakan antara hiasan yang memukau mata pengunjung.

Masjid tersebut bukan sahaja boleh digunakan untuk tujuan solat, namun ia juga mempunyai tujuan serba guna yang lain seperti untuk kelas-kelas pengajian dan sebagainya.

Hal ini kerana, ia turut dilengkapi dengan bilik kuliah, perpustakaan, dewan serba guna, bilik pengurusan jenazah, bangunan pentadbiran dan dewan makan.

Bagi yang mengenali Tan Sri Abdul Rashid Hussain, beliau terkenal dengan usahawan yang kaya dunia dan akhirat kerana merupakan salah seorang dermawan setelah mewakafkan masjid beliau yang pertama, iaitu di Langkawi dan juga Masjid Putih di Seremban.

Sifat ‘kaya dengan kelas’ ini merupakan antara amalan yang boleh dicontohi oleh setiap orang agar menyalurkan harta ke jalan yang benar. Kaya yang sebenar ialah apabila harta yang digunakan itu mampu menjadi saham kepada kehidupan akhirat kita kelak.

Wallahu a’lam.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami