Sejarah

Masjid Raya Xi’an – Masjid Tertua di China

Oleh Fizah Lee  •  26 Sep 2019  •  2 min baca

Tahukah anda, agama Islam telah mula masuk ke peradaban Cina sejak abad ke-7 Masihi dan ia telah berkembang seiring dengan zaman.

Walaupun ia bukanlah agama pertama yang menapak di Cina, namun kedatangannya cukup memberi kesan kepada golongan Cina di sana. Dakwah dan ajaran yang disampaikan oleh para pedagang dari seantero dunia terutamanya cukup mengagumkan semua.

Malah, pada abad ke-8 dikatakan telah tertubuhnya sebuah masjid yang diberi nama Masjid Raya Xi’an yang terletak di Kota Changan.

Ia didirikan pada tahun 742 Masihi di bawah kekuasaan Kaisar Xuanzong (685-762) dari Dinasti Tang (618-907). Bangunan ini telah beberapa kali dilakukan penambahbaikan dari masa ke masa.

Masjid ini merupakan masjid terbesar dan tertua yang terletak tidak jauh dari Menara Gu Lou yang berada berdekatan dengan Kota Chang’an atau kini dikenali sebagai Kota Xi’an, Provinsi Shaanxi, Cina.

Selain untuk beribadah kepada Allah, ia turut dibina sebagai tempat untuk para pedagang yang hadir menyebarkan dakwah kepada penduduk setempat.

Para pedagang yang hadir berdagang pada waktu itu juga memerlukan tempat untuk berteduh sementara memulakan kembali perjalanan mereka. Oleh itu, dengan penubuhan masjid ini, ia secara tidak langsung membantu memudahkan pedagang-pedagang pada waktu tersebut terutama yang beragama Islam.

Antara pedagang yang turut berdagang di situ ialah dari Arab dan Parsi yang berlayar melalui Jalan Sutera. Mereka selalunya akan menginap di beberapa kota seperti Guangzhou, Quanzhou, Hoangzho dan Xi’an.

Di sini lah ajaran Islam mula berkembang kerana ia datang dari Tanah Arab secara langsung.

Masjid ini kelihatan berbeza dari segi seni bina kerana ia tidak memaparkan reka bentuk Islam seperti kubah dan sebagainya.

Namun, uniknya ialah apabila ia dihiasi dengan beberapa tulisan Arab dan sedikit ukiran tradisional Cina untuk mengekalkan gaya Cina.

Malah, menariknya ialah bentuknya yang menyerupai Kuil Buddha pada era abad ke-15 dan memiliki bahagian yang sama seperti kuil. Pada bahagian hadapan masjid ini juga terdapat sebuah pagoda. Ia dibina ke arah Barat yang dikatakan menghadap ke arah Kaabah di Kota Mekah.

Anda akan terpukau dengan bahagian dalam masjid yang mengekalkan ciri-ciri tradisional Cina. Walaupun ia kelihatan tradisional, namun anda dapat merasai sendiri pengalaman bersolat di dalam masjid persis binaan istana zaman dinasti-dinasti terdahulu.

Antara peninggalan lain yang dapat dilihat sebagai sejarah zaman dinasti lampau ialah terdapat dua meja batu yang berukir naga. Ia dikatakan ditambah pada zaman Dinasti Qing.

Sehingga kini, ia dibuka sebagai tempat ibadah dan juga sebagai tempat tarikan pelancong. Malah, ia juga telah diisytiharkan sebagai salah satu warisan Islam oleh UNESCO pada tahun 1998.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami