Berita

Masjid Pagar Kawat Besi, Falsafah Di Sebalik Pembinaanya

Oleh Natirah Azira  •  6 Oct 2018  •  2 min baca

Apabila menyebut ‘masjid’, biasanya kita akan terus terbayangkan bangunan berdinding batu, dengan menara yang tinggi, dan ruang yang luas. Pemandangan biasa sebuah masjid bukan? Namun apa yang dimulakan oleh Ajlan Gharem, seorang artis Arab Saudi ini merupakan suatu yang unik dan menakjubkan.

Gharem mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang Matematik daripada Universiti King Khalid, mengajar matematik di Riyadh dan mengaplikasikan ilmunya kepada seni seperti ini.

Beliau telah memulakan projek yang dipanggi “Paradise Has Many Gates”. Projek ini sebenarnya tentang masjid yang dibina menggunakan kawat besi, aluminium, lampu elektrik, dan juga ‘plexiglass’.

Rahsia Di Sebalik Pembinaan

Pemilihan bahan-bahan untuk membina masjid tersebut sebenarnya sengaja dipilih untuk mewujudkan persamaan dengan kurungan besi yang dibuat untuk menempatkan pelarian di Amerika Syarikat dan penjara ketenteraan di Guantanamo Bay.

Projek ini dibuat untuk mencabar idea lama tentang pembinaan masjid dan untuk menggesa orang ramai supaya berfikir tentang dunia yang bebas dari Islamofobia. Apabila orang melihat ke arah masjid ini, orang ramai dapat melihat dan faham sebenarnya apa aktiviti yang dilakukan di dalam masjid.

Gharem berkata projek ini lebih daripada sekadar hal berkenaan agama. “Apabila kita melihat pelarian, kita melihat mereka meninggalkan negara dalam masa yang sama meninggalkan ideologi yang dipaksakan ke atas mereka”

Binaan ini mampu membuatkan orang di dalam dan di luar melihat antara satu sama lain, dan ianya dapat mewujudkan ruang interaksi dan pertukaran ilmu.

Binaan masjid ini mencetuskan kontroversi apabila pertama kali ditempatkan di Arab Saudi, namun sekarang projek ini mendapat sambutan orang ramai di negara barat. Masjid ini akan berada di Taman Vanier di Vancoucer dalam tempoh dua tahun. Ajlan Gharem berharap hasil seninya bukan sahaja menjadi tontonan namun ruang untuk percambahan idea dan dialog.

Sumber:
mysalaam.com


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami