Gaya Hidup

Masjid Mesra Alam Pertama Di Cambridge Akan Dibuka

Oleh Natirah Azira  •  15 Mar 2019  •  2 min baca

Pembinaan masjid telah menjadi simbolik perkembangan agama Islam sejak berkurun lamanya. Ia menjadi tempat bagi umat Islam melakukan pelbagai aktiviti keagamaan dan keilmuan.

Sebuah lagi masjid telah dibina di kawasan Cambridge dikelola oleh Cambridge Mosque Trust. Menariknya, masjid ini merupakan masjid pertama di Cambridge yang menggunakan konsep mesra alam serta mengutamakan penggunaan tenaga daripada alam sekitar.

Kata Tim Winter, pengarah bagi Cambridge Mosque Trust berkata bahawa, peradaban Islam telah lama menekankan tentang konsep mesra alam serta menolak adanya pembaziran dalam pembinaan masjid.

Bangunan masjid ini direka oleh Marks Barfield, arkitek terkenal yang merupakan salah seorang tulang belakang bagi rekaan London Eye dan Kew Treetop Walkway.

Bangunan tersebut mempunyai sistem penebat haba yang baik. Suhu pula akan dioptimumkan dengan bantuan sistem pemanasan dan penyejukan menggunakan teknologi pengawalan tenaga yang efisien. Tenaga elektrik untuk kegunaan masjid tersebut diperoleh daripada pam haba bawah tanah.

Projek yang memakan belanja sebanyak £13 juta ini mampu menampung 1000 orang pengguna dalam satu-satu masa. Ia dilengkapi bumbung yang telus cahaya, kantin, ruang mengajar dan juga bilik mesyuarat untuk kegunaan pengunjung masjid sama ada Muslim atau bukan Muslim.

Masjid ini mempunyai ruang yang luas untuk meletakkan basikal dan mudah untuk diakses dengan hanya berjalan kaki. Untuk memasuki ruang masjid, pengunjung akan berjalan melalui taman hijau terbuka.

Hari ini masjid tersebut pertama kalinya menerima kunjungan penduduk Cambridge ketika solat Jumaat sebagai simbolik kepada majlis pra pembukaan masjid tersebut. Masjid yang telah dibina dari tahun 2016 ini dilaporkan hampir siap sepenuhnya dan akan dibuka tidak lama lagi.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami